Judul : Shafie Apdal hadir di Bukit Aman beri keterangan
link : Shafie Apdal hadir di Bukit Aman beri keterangan
Shafie Apdal hadir di Bukit Aman beri keterangan
ANTARAPOS.COMKUALA LUMPUR: Bekas Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal hadir ke Ibu Pejabat Polis Bukit Aman pagi ini bagi memberi keterangan berhubung kenyataannya berkaitan 1MDB di Parlimen baru-baru ini.
Shafie yang juga Presiden Parti Warisan Sabah (WARISAN) tiba di ibu pejabat polis itu kira-kira jam 9.45 pagi.
Beliau diiringi Ahli Parlimen Seputeh, Teresa Kok; Ahli Parlimen Segambut, Lim Lip Eng; Ahli Parlimen Rasah, Teo Kok Seong dan bekas Naib Ketua Umno Bahagian Batu Kawan, Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan.
Shafie akan memberi keterangan mengikut Akta Rahsia Rasmi 1972 (OSA) berhubung dakwaan membocorkan rahsia rasmi kerajaan.
Keterangan Shafie itu bagi membantu siasatan polis mengenai dakwaan membocorkan rahsia kerajaan, ketika membahaskan Rang Undang-undang Perbekalan 2017 di Dewan Rakyat, minggu lalu.
Ahli Parlimen Semporna itu berkata, beliau akan mengeluarkan kenyataan sebaik sahaja keterangannya selesai diambil sebentar lagi.
Shafie Apdal hadir di Bukit Aman beri keterangan
Sekianlah artikel Shafie Apdal hadir di Bukit Aman beri keterangan kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Sudah dibaca Shafie Apdal hadir di Bukit Aman beri keterangan linknya https://malaysiadansekitarnya.blogspot.com/2016/11/shafie-apdal-hadir-di-bukit-aman-beri.html
0 Response to "Shafie Apdal hadir di Bukit Aman beri keterangan"
Posting Komentar