Judul : Selamat tinggal Kedah - Rizal
link : Selamat tinggal Kedah - Rizal
Selamat tinggal Kedah - Rizal
MALAYSIA GAZETTEPemain terbaik final Piala Malaysia, Mohd. Rizal Mohd. Ghazali memberi bayangan dia bakal meninggalkan skuad Lang Merah bagi saingan Liga Malaysia (Liga M) musim depan.
Ini kerana pemain berusia 24 tahun itu memuat naik status di laman sosial Instagram miliknya yang menggambarkan dia bakal beraksi bersama pasukan lain.
Bek kanan itu juga sempat mengucapkan selamat tinggal kepada pasukan selepas beraksi selama tiga tahun.
Mengesahkan keadaan, Rizal turut mengucapkan terima kasih terhadap pengalaman yang diraih sepanjang beraksi dengan gergasi bola sepak utara tanah air itu dalam status Instagram tersebut.
Rizal kini dikatakan mendapat tawaran menyarung jersi sebuah pasukan lain untuk kempen musim depan.
Pemain itu dijangka membuat keputusan kariernya selepas kejohanan Piala AFF yang bermula 20 November ini.
Kontrak Rizal dengan Kedah bakal berakhir bulan depan sekali gus bebas untuk membuat keputusan mengenai masa depannya.
Nama pemain itu melonjak selepas menjaringkan gol pertama dan penalti semasa Kedah menewaskan Selangor menerusi penentuan penalti 6-5 dalam final di Stadium Shah Alam, Ahad lalu.
Berikutan persembahan cemerlang itu, dia dikatakan mula menjadi buruan beberapa pasukan dalam Liga M.
Selamat tinggal Kedah - Rizal
Sekianlah artikel Selamat tinggal Kedah - Rizal kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Sudah dibaca Selamat tinggal Kedah - Rizal linknya https://malaysiadansekitarnya.blogspot.com/2016/11/selamat-tinggal-kedah-rizal.html
0 Response to "Selamat tinggal Kedah - Rizal"
Posting Komentar