Judul : *RINGGIT SUSUT DAN SIKAP KITA*
link : *RINGGIT SUSUT DAN SIKAP KITA*
*RINGGIT SUSUT DAN SIKAP KITA*
Ramai di kalangan kita yang bimbang dengan penyusutan nilai matawang ringgit berbanding dollar Amerika setelah Donald Trump memenangi pilihanraya sedangkan ia adalah fenomena yang serupa dialami oleh banyak negara lain di dunia.Pelbagai faktor diberikan oleh pakar-pakar kewangan dan ekonomi bahawa asas ekonomi Malaysia masih kukuh dan unjuran KDNK menepati sasaran yang ditetapkan oleh IMF dan kerajaan bagi merasionalkan pelbagai spekulasi, tanggapan negatif serta persepsi salah pihak-pihak yang berkepentingan yang boleh mengelirukan rakyat.
Seorang penganalisis kewangan sudah pasti tidak dapat menolak kenyataan bahawa nilai matawang sesebuah negara mengalami *PERUBAHAN SETIAP SAAT DAN KETIKA* dan ia bukanlah satu-satunya faktor penentu kepada kekukuhan atau kemerosotan ekonomi sesebuah negara.
Malaysia amat bertuah kerana rakan dagangnya bukan sahaja Amerika Syarikat, bahkan pasaran terbesar dunia China bakal mengikis pergantungan ekonomi negara terhadap Amerika Syarikat, Jepun dan negara-negara sekutu yang berkiblatkan dollar.
Kepada rakyat Malaysia, teruskan mendapat maklumat dan sumber yang tepat dari pihak-pihak yang diberi kebenaran khas contohnya BNM atau KLSE , jalani kehidupan anda seperti biasa dan tolak sebarang analisa dan berita dari pihak yang diragui kredibilitinya.
*RINGGIT SUSUT DAN SIKAP KITA*
Sekianlah artikel *RINGGIT SUSUT DAN SIKAP KITA* kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Sudah dibaca *RINGGIT SUSUT DAN SIKAP KITA* linknya https://malaysiadansekitarnya.blogspot.com/2016/11/ringgit-susut-dan-sikap-kita.html
0 Response to "*RINGGIT SUSUT DAN SIKAP KITA*"
Posting Komentar