Rasuah: Pengurus Besar GLC dan dua kontraktor ditahan reman SPRM...Padan Mukanya Duri Dalam Daging Perlu Dihapuskan

Rasuah: Pengurus Besar GLC dan dua kontraktor ditahan reman SPRM...Padan Mukanya Duri Dalam Daging Perlu Dihapuskan - Hallo sahabat Malaysia dan Sekitarnya, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Rasuah: Pengurus Besar GLC dan dua kontraktor ditahan reman SPRM...Padan Mukanya Duri Dalam Daging Perlu Dihapuskan, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Berita, Artikel Budaya, Artikel Kabar, Artikel Malaysia, Artikel Melayu, Artikel News, Artikel Politik, Artikel Ragam, Artikel Sosial, Artikel Terbaru, Artikel Terkini, Artikel Update, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Rasuah: Pengurus Besar GLC dan dua kontraktor ditahan reman SPRM...Padan Mukanya Duri Dalam Daging Perlu Dihapuskan
link : Rasuah: Pengurus Besar GLC dan dua kontraktor ditahan reman SPRM...Padan Mukanya Duri Dalam Daging Perlu Dihapuskan

Baca juga


Rasuah: Pengurus Besar GLC dan dua kontraktor ditahan reman SPRM...Padan Mukanya Duri Dalam Daging Perlu Dihapuskan

Tiga orang termasuk seorang pengurus besar syarikat berkaitan kerajaan (GLC), yang disyaki menyalahguna kuasa dan menerima sejumlah suapan melebihi RM10 juta, direman lima hari bagi membantu siasatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Dua orang lagi ialah kontraktor yang dipercayai memberi suapan membenarkan mereka meneruskan projek di bawah seliaan pengurus besar itu walaupun gagal menyiapkan kerja dalam tempoh masa yang ditetapkan.

Perintah reman yang berkuat kuasa hari ini sehingga Selasa itu dikeluarkan Majistret Nik Isfahanie Tasnim Wan Ab Rahman selepas ketiga-tiga suspek dibawa ke mahkamah di Putraaya.

Kesemua suspek disiasat mengikut Seksyen 17 (a) (A) Akta SPRM 2009 kerana menerima dan memberi suapan.

Jurucakap SPRM berkata pengurus besar berusia 56 tahun yang bertindak sebagai konsultan bagi projek pembangunan dan infrastruktur di Putrajaya itu dipercayai terlibat dalam kelulusan projek bernilai ratusan juta sejak menyandang jawatan tersebut pada 2005.

Suspek dilaporkan ditahan pasukan penyiasat SPRM di rumahnya di Seremban kira-kira 9.35 pagi semalam yang turut merampas wang tunai berjumlah RM30,000 dan dua buah kereta jenis Audi TT serta Toyota Hilux dan motosikal berkuasa tinggi Harley Davidson milik suspek.

Suspek juga didakwa memiliki sembilan buah rumah, antaranya di Putrajaya, Kuala Lumpur, Cyberjaya dan Negeri Sembilan yang dipercayai dibeli dengan pembayaran tunai.

Beberapa akaun bank milik suspek dan isteri serta anaknya yang mengandungi wang berjumlah lebih kurang RM2.5 juta yang disyaki diperoleh secara rasuah turut dibekukan.

Mengenai dua kontraktor tersebut, jurucakap SPRM berkata kedua-dua lelaki berusia 51 tahun itu ditahan 12 tengah malam semalam selepas hadir memberi keterangan di ibu pejabat SPRM di Putrajaya malam tadi.

Seorang daripadanya yang bergelar Datuk merupakan pengarah urusan sebuah syarikat di Ampang, manakala seorang lagi adalah ketua pegawai eksekutif sebuah syarikat berpangkalan di Semenyih, Selangor.


Rasuah: Pengurus Besar GLC dan dua kontraktor ditahan reman SPRM...Padan Mukanya Duri Dalam Daging Perlu Dihapuskan

Sekianlah artikel Rasuah: Pengurus Besar GLC dan dua kontraktor ditahan reman SPRM...Padan Mukanya Duri Dalam Daging Perlu Dihapuskan kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Sudah dibaca Rasuah: Pengurus Besar GLC dan dua kontraktor ditahan reman SPRM...Padan Mukanya Duri Dalam Daging Perlu Dihapuskan linknya https://malaysiadansekitarnya.blogspot.com/2016/11/rasuah-pengurus-besar-glc-dan-dua.html

Subscribe to receive free email updates:

0 Response to "Rasuah: Pengurus Besar GLC dan dua kontraktor ditahan reman SPRM...Padan Mukanya Duri Dalam Daging Perlu Dihapuskan"

Posting Komentar