Judul : PRU14: Pembangkang bincang kedudukan Bersatu...Orang Yang Kecewa Begini Lah Sikap
link : PRU14: Pembangkang bincang kedudukan Bersatu...Orang Yang Kecewa Begini Lah Sikap
PRU14: Pembangkang bincang kedudukan Bersatu...Orang Yang Kecewa Begini Lah Sikap
IPOH – Pakatan Harapan dijangka akan mengadakan mesyuarat pada minggu hadapan bagi membincangkan gerak kerja PRU14 termasuk kelulusan kehadiran parti Bersatu dalam keluarga besar pakatan itu.Timbalan Presiden Amanah, Salahuddin Ayub berkata, selepas menyempurnakan pembinaan dan pengukuhan Pakatan Harapan, seterusnya mereka akan berusaha untuk mendaftarkan lambang bagi mewakili parti itu sebelum konsep satu lawan satu yang diimpikan sebelum ini menjadi kenyataan.
“Saya menyatakan begini kerana saya sendiri mendengar daripada mulut Tun Dr Mahathir Mohamad bahawa konsep yang Bersatu mahu bukannya Pakatan Harapan plus, plus tetapi dia mahu kita menerima kehadiran Bersatu.
“Setelah kita menerima kehadiran Bersatu gabungan itu akan menjadi empat parti termasuk Amanah, PKR dan DAP dan Bersatu.
“ Ini adalah formula terbaik dan kita bersetuju melalui konsep itu kita akan pastikan empat parti ini dapat memperkukuhkan kedudukan dalam Pakatan Harapan dan parti ini yang akan berhadapan dengan BN dalam PRU akan datang,” katanya.
Beliau berkata pada sidang media selepas merasmikan Konvensyen Tahunan Pertama Amanah Perak 2016 di sini, hari ini.
Hadir sama, Pengerusi Amanah Perak, Asmuni Awi dan beberapa kepimpinan tertinggi Pakatan Harapan antaranya, Pengerusi DAP Perak, Nga Kor Ming, Pengerusi PKR Perak, Dr Muhammad Nur Manuty dan Naib Presiden Bersatu, Datuk Hamidah Osman.
PRU14: Pembangkang bincang kedudukan Bersatu...Orang Yang Kecewa Begini Lah Sikap
Sekianlah artikel PRU14: Pembangkang bincang kedudukan Bersatu...Orang Yang Kecewa Begini Lah Sikap kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Sudah dibaca PRU14: Pembangkang bincang kedudukan Bersatu...Orang Yang Kecewa Begini Lah Sikap linknya https://malaysiadansekitarnya.blogspot.com/2016/11/pru14-pembangkang-bincang-kedudukan.html
0 Response to "PRU14: Pembangkang bincang kedudukan Bersatu...Orang Yang Kecewa Begini Lah Sikap"
Posting Komentar