Judul : PRU14: Lim Kit Siang Mahu Pembangkang Hanya Ada Satu Manifesto
link : PRU14: Lim Kit Siang Mahu Pembangkang Hanya Ada Satu Manifesto
PRU14: Lim Kit Siang Mahu Pembangkang Hanya Ada Satu Manifesto
PETALING JAYA: Pakatan Harapan perlu membentangkan hanya satu manifesto untuk pilihan raya umum akan datang, kata Penasihat DAP Lim Kit Siang.
Kit Siang berkata, konvensyen sulung Pakatan Harapan pada Sabtu telah bersetuju untuk 'pertandingan satu lawan satu' dengan Barisan Nasional dan hanya satu manifesto daripada pembangkang.
"Kita hanya boleh membentangkan satu manifesto kepada rakyat, jika tidak, dengan dua manifesto, kita akan menjadi bahan ketawa di negara ini, seperti yang berlaku pada tahun 1990-an di mana terdapat dua blok pembangkang," katanya dalam ucapan perasmian konvensyen tahunan parti, Ahad.
Menteri Besar Selangor Datuk Seri Azmin Ali bersetuju dengan Kit Siang.
Sebelum itu, Pengerusi DAP Selangor, Tony Pua berkata, hasil perbincangan mengenai pertandingan satu lawan mesti ditentukan lebih awal supaya parti-parti dalam Pakatan Harapan boleh membuat persediaan untuk pilihan raya umum ke-14.
"Jika persetujuan tidak boleh dicapai, maka ia perlu dimaklumkan awal supaya kita boleh bersedia dan menguatkan diri kita untuk menghadapi pilihan raya, sama ada ia akan menjadi saingan dua penjuru atau tiga penjuru," katanya ketika berucap pada konvensyen parti.
Merujuk kepada rundingan dengan PAS, Pua berkata perbincangan mengenai kerusi tidak sepatutnya diteruskan sehingga saat-saat akhir kerana ia boleh memberi kesan kepada prestasi pakatan pembangkang, terutamanya, persediaan Parti Amanah Negara (Amanah).
"Kita perlu ingat, semakin kuat Amanah, semakin kuatlah Pakatan Harapan. Semakin kuat Amanah, semakin lemah musuh-musuh kita," katanya.
Pada Sabtu, Parti Pribumi Bersatu Malaysia mengisytiharkan bahawa ia akan menyertai pakatan pembangkang secara rasmi sebaik sahaja beberapa isu tertentu, termasuk kemasukan PAS dalam barisan pembangkang diselesaikan. #sumber
PRU14: Lim Kit Siang Mahu Pembangkang Hanya Ada Satu Manifesto
Sekianlah artikel PRU14: Lim Kit Siang Mahu Pembangkang Hanya Ada Satu Manifesto kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Sudah dibaca PRU14: Lim Kit Siang Mahu Pembangkang Hanya Ada Satu Manifesto linknya https://malaysiadansekitarnya.blogspot.com/2016/11/pru14-lim-kit-siang-mahu-pembangkang.html
0 Response to "PRU14: Lim Kit Siang Mahu Pembangkang Hanya Ada Satu Manifesto"
Posting Komentar