Projek ternak babi moden bukan masalah besar: Azmin

Projek ternak babi moden bukan masalah besar: Azmin - Hallo sahabat Malaysia dan Sekitarnya, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Projek ternak babi moden bukan masalah besar: Azmin, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Berita, Artikel Budaya, Artikel Kabar, Artikel Malaysia, Artikel Melayu, Artikel News, Artikel Politik, Artikel Ragam, Artikel Sosial, Artikel Terbaru, Artikel Terkini, Artikel Update, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Projek ternak babi moden bukan masalah besar: Azmin
link : Projek ternak babi moden bukan masalah besar: Azmin

Baca juga


Projek ternak babi moden bukan masalah besar: Azmin

Menteri Besar Selangor Mohamed Azmin Ali berpendapat, projek penternakan ladang babi moden di Kuala Langat bukan masalah besar meskipun ditentang penduduk sekitar.

Azmin juga menyifatkan bantahan itu sebagai isu biasa yang membabitkan cadangan pembangunan selain sikap demokrasi negara ini.

“Pada saya ini bukan masalah besar dan ia boleh diselesaikan antara kerajaan negeri dan pengusaha ladang babi ini,” katanya  pada sidang media di Dewan Serbaguna Majlis Perbandaran Subang Jaya, Puchong, Sabtu..

Menurut  Azmin, kebimbangan mengenai  projek tersebut adalah mengenai kebersihan dan pencemaran kepada penduduk sekitar.

Bagaimanapun, beliau percaya masalah itu  boleh ditangani dengan penggunaan teknologi terkini dalam pembinaan ladang babi berkenaan.

“Di dalam isu ini, kita ada teknologi-teknologi baru untuk diselesaikan dan sudah tentu ia melibatkan kos. Kita akan bincang dengan pihak-pihak yang mengusahakan ternakan babi bagi kepentingan rakyat di kawasan tersebut dan menjaga kebersihan,” katanya

Projek penternakan ladang babi moden di Selangor berdepan dengan fasa baru apabila dibentangkan dalam Mesyuarat Tindakan Ekonomi Selangor (MTES) baru-baru ini.

Pelaksanaan  projek ladang babi itu akan dibina di Ladang Tumbok Mukim Baru Laut, Kuala Langat, Selangor.

Projek yang pernah mencetuskan kontroversi satu ketika dahulu dibantah oleh penduduk sekitar yang bimbang masalah kesihatan dan pencemaran bau serta kemungkinan penyakit berpunca haiwan itu.

Menurut Azmin, kerajaan negeri tidak pernah mengabaikan bantahan tersebut dengan mengambil pendekatan untuk mendengar secara terus apa yang dibangkitkan pihak tertentu.

“Dalam mana-mana isu pembangunan, mesti akan ada bantahan daripada pelbagai pihak. Tetapi dasar kerajaan negeri, kita akan mendengar dan mendekati pihak-pihak berkuasa, penduduk setempat, NGO dan sebagainya sebelum sebarang keputusan diambil,” katanya.


Projek ternak babi moden bukan masalah besar: Azmin

Sekianlah artikel Projek ternak babi moden bukan masalah besar: Azmin kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Sudah dibaca Projek ternak babi moden bukan masalah besar: Azmin linknya https://malaysiadansekitarnya.blogspot.com/2016/11/projek-ternak-babi-moden-bukan-masalah.html

Subscribe to receive free email updates:

0 Response to "Projek ternak babi moden bukan masalah besar: Azmin"

Posting Komentar