Judul : PPBM : AKHIRNYA MAHATHIR NAIKKAN JUGA ANAKNYA
link : PPBM : AKHIRNYA MAHATHIR NAIKKAN JUGA ANAKNYA
PPBM : AKHIRNYA MAHATHIR NAIKKAN JUGA ANAKNYA
PEMILIHAN bekas Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Mukhriz Tun Mahathir oleh bapanya sendiri sebagai Timbalan Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) pada hari ini membenarkan hujah tentang agenda politik peribadi bekas Perdana Menteri itu.Sebelum ini Tun Dr Mahathir Mohamed tidak mahu mengaku bahawa antara punca mengapa dia menyerang Datuk Seri Najib Tun Razak adalah kerana ingin melihat Mukhriz sebagai Timbalan Presiden UMNO.
Mahathir dilaporkan oleh sumber-sumber sulit mengatakan berkeinginan untuk menjadikan Mukhriz sebagai orang nombor dua UMNO dalam masa terdekat sebelum mengangkatnya sebagai Presiden UMNO merangkap Perdana Menteri.
Bagaimanapun pada hari ini melalui parti serpihannya itu, Mahathir menjadikan anak sendiri sebagai orang nombor dua dibelakang ‘kroni politiknya’, Tan Sri Muhyiddin Mohd Yassin.
Ketika mana ramai lagi calon yang lebih berpengalaman dan senior, Mukhriz juga yang dipilih hanya sekadar bermodalkan bekas MB Kedah.
“Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT) jumlahnya 15 orang, maka dengan itu lengkaplah seluruh anggota MPT daripada jawatan pengerusi dan juga timbalan presiden yang diisi Mukhriz,” kata Muhyiddin dalam sidang media di Yayasan Kepimpinan Perdana, hari ini.
Pengalaman Mahathir selama lebih 70 tahun berkecimpung dalam dunia politik ini membuatkan dirinya amat licik dalam mempengaruhi rakyat sehingga tertubuhnya sebuah parti yang dianggotai para pemimpin yang sudah kecewa. –Tv14
PPBM : AKHIRNYA MAHATHIR NAIKKAN JUGA ANAKNYA
Sekianlah artikel PPBM : AKHIRNYA MAHATHIR NAIKKAN JUGA ANAKNYA kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Sudah dibaca PPBM : AKHIRNYA MAHATHIR NAIKKAN JUGA ANAKNYA linknya https://malaysiadansekitarnya.blogspot.com/2016/11/ppbm-akhirnya-mahathir-naikkan-juga.html
0 Response to "PPBM : AKHIRNYA MAHATHIR NAIKKAN JUGA ANAKNYA"
Posting Komentar