PH bergolak jika Muhyiddin dipilih calon Perdana Menteri - Penganalisis....Apa Tidaknya Semuanya Nak Berkuasa

PH bergolak jika Muhyiddin dipilih calon Perdana Menteri - Penganalisis....Apa Tidaknya Semuanya Nak Berkuasa - Hallo sahabat Malaysia dan Sekitarnya, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul PH bergolak jika Muhyiddin dipilih calon Perdana Menteri - Penganalisis....Apa Tidaknya Semuanya Nak Berkuasa, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Berita, Artikel Budaya, Artikel Kabar, Artikel Malaysia, Artikel Melayu, Artikel News, Artikel Politik, Artikel Ragam, Artikel Sosial, Artikel Terbaru, Artikel Terkini, Artikel Update, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : PH bergolak jika Muhyiddin dipilih calon Perdana Menteri - Penganalisis....Apa Tidaknya Semuanya Nak Berkuasa
link : PH bergolak jika Muhyiddin dipilih calon Perdana Menteri - Penganalisis....Apa Tidaknya Semuanya Nak Berkuasa

Baca juga


PH bergolak jika Muhyiddin dipilih calon Perdana Menteri - Penganalisis....Apa Tidaknya Semuanya Nak Berkuasa

BANGI: Pakatan Harapan (PH) dijangka akan terus bergolak sekiranya Tan Sri Muhyiddin Yassin diangkat menjadi calon Perdana Menteri dalam senarai Kabinet Bayangan gabungan itu yang akan dimuktamadkan 12 November depan.

Menurut penganalisis politik, Prof Madya Datuk Dr Shamsul Adabi Mamat, Pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) itu akan ditolak mentah-mentah oleh akar umbi pembangkang kerana dilihat tidak boleh menyaingi Datuk Seri Anwar Ibrahim, yang sekian lama dinamakan sebagai calon Perdana Menteri PH.

"Penyertaaan PPBM walaupun memberi nilai tambah tetapi dari segi kesepaduan sekiranya Tan Sri Muhyiddin dinamakan sebagai Perdana Menteri, dia akan memberikan penolakan dari kalangan akar umbi dan pengikut tegar samada DAP, PKR kerana kedua-dua parti ini telah berjuang bersama dan PPBM ini baru sahaja masuk," katanya dalam temubual eksklusif bersama Antarapos.

Beliau berkata demikian sebagai maklum balas kepada kenyataan Ketua Setiausaha Sekretariat PH, Datuk Saifuddin Abdullah yang berkata gabungan itu akan memuktamadkan kabinet bayangan yang akan diadakan dalam konvensyen pertama PH.

Sebelum ini bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad yang juga Pengerusi PPBM membuat kenyataan bahawa Muhyiddin akan dicalonkan sebagai Perdana Menteri sekiranya pembangkang menang pada Pilihan Raya Umum ke 14 (PRU14) depan.

Namun menurut Mahathir, ia bergantung kepada persetujuan parti-parti dalam PH antaranya PKR, DAP dan Amanah.

Dalam pada itu, Dr Shamsul menjangkakan PH tidak akan bersetuju dengan cadangan yang dibawa Mahathir dan masih bertegas untuk mencalonkan Anwar selaku Perdana Menteri seperti mana yang diputuskan mereka sebelum ini.

"Dalam Kabinet bayangan ini kita dapat jangkakan bahawa Anwar Ibrahim juga akan terus dijadikan sebagai ikon ataupun nama utama yang akan diletakkan sebagai Perdana Menteri dalam Kabinet bayangan mereka.

"Kekuatan sebenar PH adalah Datuk Seri Anwar Ibrahim, sekiranya mereka memilih calon Perdana Menteri selain daripada Anwar, perpecahan akan berterusan di dalam gabungan PH. Sudah pasti kita lihat kekuatan gabungan PH sebenarnya amat bergantung kepada sentuhan Anwar Ibrahim," katanya.

Ketua Pembangkang Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail bulan lalu berkata tidak ada kepentingan buat Anwar bertanding atau merebut jawatan perdana menteri.

Menurut Azizah, Anwar berpendirian bahawa kepentingan rakyat dan negara buat masa ini menjadi fokus dalam mengubah sistem kerajaan sedia ada.


PH bergolak jika Muhyiddin dipilih calon Perdana Menteri - Penganalisis....Apa Tidaknya Semuanya Nak Berkuasa

Sekianlah artikel PH bergolak jika Muhyiddin dipilih calon Perdana Menteri - Penganalisis....Apa Tidaknya Semuanya Nak Berkuasa kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Sudah dibaca PH bergolak jika Muhyiddin dipilih calon Perdana Menteri - Penganalisis....Apa Tidaknya Semuanya Nak Berkuasa linknya https://malaysiadansekitarnya.blogspot.com/2016/11/ph-bergolak-jika-muhyiddin-dipilih.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

0 Response to "PH bergolak jika Muhyiddin dipilih calon Perdana Menteri - Penganalisis....Apa Tidaknya Semuanya Nak Berkuasa"

Posting Komentar