Penjelasan MAIS: Pegawai buat jemputan tanpa rujuk pihak atasan

Penjelasan MAIS: Pegawai buat jemputan tanpa rujuk pihak atasan - Hallo sahabat Malaysia dan Sekitarnya, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Penjelasan MAIS: Pegawai buat jemputan tanpa rujuk pihak atasan, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Berita, Artikel Budaya, Artikel Kabar, Artikel Malaysia, Artikel Melayu, Artikel News, Artikel Politik, Artikel Ragam, Artikel Sosial, Artikel Terbaru, Artikel Terkini, Artikel Update, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Penjelasan MAIS: Pegawai buat jemputan tanpa rujuk pihak atasan
link : Penjelasan MAIS: Pegawai buat jemputan tanpa rujuk pihak atasan

Baca juga


Penjelasan MAIS: Pegawai buat jemputan tanpa rujuk pihak atasan

Pandai-pandai sendiri... dan pengawai yang terlibat akan diambil tindakan itu kata Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) yang kesal dengan tindakan Jabatan Agama Islam (JAIS) mengeluarkan surat jemputan kepada guru-guru dibawah selianya untuk menyertai Seminar Pamikiran Datuk Seri Anwar Ibrahim yang akan berlangsung, Isnin ini.

Itu penjelasan Pengerusinya, Datuk Mohamad Adzib Mohd. Isa yang berkata, pihaknya memandang serius isu berkenaan dan berpendapat JAIS telah melakukan kesilapan dengan menjemput guru-guru SRA di daerah Petaling dan Klang untuk menghadiri seminar itu.

Menurutnya, pembabitan pegawai-pegawai JAIS dalam seminar tersebut adalah bertentangan dengan titah Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah yang tidak mahu JAIS terlibat dengan program berunsur politik.

Jelasnya surat berkaitan seminar itu hanya diketahui MAIS pada Selasa lalu, iaitu sehari selepas surat jemputan tersebut dikeluarkan.

“MAIS melalui mesyuaratnya yang bersidang pada 22 November telah mengarahkan JAIS menarik balik surat jemputan itu dengan serta-merta.

“Ini kerana, surat itu dikeluarkan tanpa kelulusan pihak pengurusan JAIS dan tidak langsung dimaklumkan kepada Pengarah Jais.

“Malah, pegawai yang menandatangani surat tersebut telah bertindak secara bersendirian tanpa merujuk kepada mana-mana pegawai atasannya,” katanya menerusi kenyataan.

Justeru itu, beliau berkata MAIS mengarahkan tindakan tatatertib diambil ke atas pegawai berkenan.

Menurutnya lagi, MAIS sebagai satu badan yang mana fungsi utamanya adalah penasihat kepada Sultan Selangor dalam hal-hal yang berkaitan dengan agama Islam.

“MAIS atau JAIS sama sekali tidak kan membenarkan penglibatan pegawainya di dalam program yang dianjurkan oleh mana-mana badan politik.

“MAIS menyeru semua pihak memahami keadaan ini dan tidak melibatkan JAIS dan institusi di bawah MAIS dalam program sebegini pada masa akan datang,” katanya.


Penjelasan MAIS: Pegawai buat jemputan tanpa rujuk pihak atasan

Sekianlah artikel Penjelasan MAIS: Pegawai buat jemputan tanpa rujuk pihak atasan kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Sudah dibaca Penjelasan MAIS: Pegawai buat jemputan tanpa rujuk pihak atasan linknya https://malaysiadansekitarnya.blogspot.com/2016/11/penjelasan-mais-pegawai-buat-jemputan.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

0 Response to "Penjelasan MAIS: Pegawai buat jemputan tanpa rujuk pihak atasan"

Posting Komentar