Judul : Pengerusi Bersih 2.0, Maria Chin Abdullah Di Ancam Bunuh Lagi !
link : Pengerusi Bersih 2.0, Maria Chin Abdullah Di Ancam Bunuh Lagi !
Pengerusi Bersih 2.0, Maria Chin Abdullah Di Ancam Bunuh Lagi !
PETALING JAYA: Pengerusi Bersih 2.0, Maria Chin Abdullah menerima satu lagi ancaman bunuh menerusi kiriman aplikasi WhatsApp ke telefon bimbitnya.
Maria berkata kiriman mesej yang diterima memaparkan gambar kepalanya yang dipercayai disunting dalam keadaan dipancung.
Selain gambar kepala Maria dipancung, individu tersebut turut menghantar gambar tiga anak lelakinya, ahli sekretariat Bersih, Mandeep Singh dan Pengerusi Hak Asasi, Datuk S Ambiga dalam keadaan yang sama.
"Saya tidak fikir ia dilakukan oleh Daesh tetapi yakin ia dibuat oleh mereka yang tidak mahu kami meneruskan perhimpunan itu," kata Bersih 2.0 dalam satu kenyataan pada Jumaat.
Ini adalah kali kedua Maria menerima ancaman bunuh selepas bulan lalu di mana beliau menerima sekeping foto yang memaparkan seorang lelaki memegang pisau berdekatan lehernya.
Madeep berkata Maria membuat laporan polis di Ipoh berhubung ancaman bunuh terbaharu itu.
Meskipun menerima ancaman bunuh, Maria berkata perhimpunan Bersih yang dijadualkan pada 19 November ini akan diteruskan.
"Perhimpunan Bersih akan tetap diteruskan dan kita tidak akan berhenti membantah," katanya. #sumber
Pengerusi Bersih 2.0, Maria Chin Abdullah Di Ancam Bunuh Lagi !
Sekianlah artikel Pengerusi Bersih 2.0, Maria Chin Abdullah Di Ancam Bunuh Lagi ! kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Sudah dibaca Pengerusi Bersih 2.0, Maria Chin Abdullah Di Ancam Bunuh Lagi ! linknya https://malaysiadansekitarnya.blogspot.com/2016/11/pengerusi-bersih-20-maria-chin-abdullah.html
0 Response to "Pengerusi Bersih 2.0, Maria Chin Abdullah Di Ancam Bunuh Lagi !"
Posting Komentar