Judul : PAS tidak gentar gertakan Mahathir dan PH
link : PAS tidak gentar gertakan Mahathir dan PH
PAS tidak gentar gertakan Mahathir dan PH
Jika mengikut sifir politik Tun Mahathir Mohamad, PAS perlu memilih untuk bekerjasama dengan Pakatan Harapan (PH) dan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) atau dijadikan 'pariah politik' kerana "makan dedak".Sehubungan itu, Pengerusi PPBM itu menegaskan kesediaan partinya menentang PAS jika ia tidak menyokong gerakan pembangkang mahu menjatuhkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.
Beliau berkata, PH yang merangkumi PKR, DAP dan Amanah harus diberi sokongan penuh menjatuhkan Najib dan mendakwa parti politik yang enggan turut serta mungkin sudah termakan 'dedak'.
"Sebab itu kita akan menentang sesiapa yang tak sertai gerakan jatuhkan Najib," kata Mahathir pada Konvensyen kali pertama Pakatan Harapan di IDCC, Shah Alam, Sabtu lalu.
"Sesiapa yang menimbulkan masalah dalam PH adalah orang Najib. Mereka sebenarnya menyokong Najib dan ada besar kemungkinan dapat dedak," kata Dr Mahathir.
Dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Kuala Kangsar dan Sungai Besar Jun lalu, Dr Mahathir secara terbuka mendakwa Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang sudah 'nampak' dedak yang mendorongnya mahu bekerjasama dengan Najib.
Walaupun Dr Mahathir tidak merujuk kepada PAS mahupun Hadi secara langsung, tetap kali ini beliau tegas mengatakan pihak yang enggan turut serta menjatuhkan Najib "menerima dedak atau rasuah".
PAS tidak gentar gertakan Mahathir dan PH
Sekianlah artikel PAS tidak gentar gertakan Mahathir dan PH kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Sudah dibaca PAS tidak gentar gertakan Mahathir dan PH linknya https://malaysiadansekitarnya.blogspot.com/2016/11/pas-tidak-gentar-gertakan-mahathir-dan_26.html
0 Response to "PAS tidak gentar gertakan Mahathir dan PH"
Posting Komentar