Orang Melayu tidak sokong Bersih...MCA beri amaran kepada DAP

Orang Melayu tidak sokong Bersih...MCA beri amaran kepada DAP - Hallo sahabat Malaysia dan Sekitarnya, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Orang Melayu tidak sokong Bersih...MCA beri amaran kepada DAP, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Berita, Artikel Budaya, Artikel Kabar, Artikel Malaysia, Artikel Melayu, Artikel News, Artikel Politik, Artikel Ragam, Artikel Sosial, Artikel Terbaru, Artikel Terkini, Artikel Update, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Orang Melayu tidak sokong Bersih...MCA beri amaran kepada DAP
link : Orang Melayu tidak sokong Bersih...MCA beri amaran kepada DAP

Baca juga


Orang Melayu tidak sokong Bersih...MCA beri amaran kepada DAP

MCA memberi amaran kepada DAP bahawa perhimpunan Bersih yang dianjurkan bersama parti itu dan NGO-NGO pembangkang akan sia-sia.
setiausaha biro keharmonian agama MCA, Chris Daniel Wong berkata tindakan minoriti berhimpun adalah sia-sia kerana perhimpunan Bersih tidak mampu mencapai matlamatnya tanpa sokongan orang Melayu.
Sebelum ini, Naib Pengerusi DAP, Teresa Kok berkata, golongan minoriti boleh berhimpun secara aman.
Chris Daniel Wong tertanya-tanya jika kenyataan ahli Parlimen Seputeh itu berpunca daripada penyokong Melayu yang hilang kepercayaan terhadap Bersih.
“Jika majoriti Melayu sudah hilang kepercayaan terhadap Bersih seperti yang Teresa katakan, maka ia adalah sia-sia untuk minoriti berhimpun kerana tanpa majoriti, apa yang Bersih harapkan tidak akan tercapai,” katanya dalam satu kenyataan semalam.
Wong berkata, penganjur perhimpunan Bersih juga sudah tewas dalam perjuangan mereka kerana ia sekadar alat pakatan pembangkang.
“Jika demonstrasi hanya untuk minoriti, maka Bersih dan seluruh pakatan pembangkang sudah tewas dalam perang moral mereka kerana Bersih kini dilihat dipergunakan pembangkang untuk menyebarkan kebencian dengan mengeksploitasi golongan minoriti.”
Beliau berkata, mungkin kaum majoriti cuba memberitahu pemantau pilihan raya itu yang mereka langsung tidak bersih, susulan dakwaan mereka ditaja kuasa asing seperti Institut Demokratik Kebangsaan dan Pembiayaan Kebangsaan Untuk Demokrasi di Amerika Syarikat serta Yayasan Masyarakat Terbuka milik George Soros yang didakwa cuba memusnahkan ekonomi dan demokrasi Malaysia oleh Tun Dr Mahathir Mohamad.
Sabtu lalu, Kok mempersoalkan tindakan Umno membenarkan ahlinya mengadakan aktiviti mengancam hak demokratik minoriti untuk berhimpun secara aman.
Minggu lalu, Bersih 2.0 mengumumkan akan mengadakan perhimpunan Bersih 5 di Dataran Merdeka, pada 19 November ini, bagi mendesak peletakan jawatan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dan pembaharuan politik.
Gerakan Baju Merah yang diketuai Ketua Umno Bahagian Sungai Besar, Datuk Jamal Md Yunos turut mengumumkan himpunan balas akan diadakan terhadap Bersih 5.


Orang Melayu tidak sokong Bersih...MCA beri amaran kepada DAP

Sekianlah artikel Orang Melayu tidak sokong Bersih...MCA beri amaran kepada DAP kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Sudah dibaca Orang Melayu tidak sokong Bersih...MCA beri amaran kepada DAP linknya https://malaysiadansekitarnya.blogspot.com/2016/11/orang-melayu-tidak-sokong-bersihmca.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

0 Response to "Orang Melayu tidak sokong Bersih...MCA beri amaran kepada DAP"

Posting Komentar