Judul : Muhyiddin "Tangguh", Sokong Kerjasama Dengan Pakatan Harapan
link : Muhyiddin "Tangguh", Sokong Kerjasama Dengan Pakatan Harapan
Muhyiddin "Tangguh", Sokong Kerjasama Dengan Pakatan Harapan
Presiden PPBM yang sebelum ini telah bersetuju untuk turut serta, dipercayai telah meminta penangguhan kerana inginkan lebih banyak masa untuk berfikir tentang kerjasama yang dirancang.
Keputusannya memberi tamparan hebat kepada konvensyen Pakatan Harapan yang akan diadakan pertama kali sejak ia ditubuhkan tahun lepas bagi menggantikan Pakatan Rakyat.
Sumber Pakatan Harapan berkata majlis menandatangani perjanjian untuk mengalu-alukan PPBM ke dalam keluarga Pakatan Harapan sepatutnya menjadi acara kemuncak konvensyen di mana Tun Dr Mahathir Mohamad akan menyampaikan ucaptama.
Sehari selepas mesyuarat itu, Muhyiddin telah berucap pada satu ceramah di Sijangkang, Kuala Langat, di samping Adun Meru Dr Rani Osman dan Ahli Dewan Undangan (Adun) Sijangkang Dr Ahmad Yunus Hairi dari PAS.
Adun Kota Anggerik, Yaakob Sapari (PKR), juga menjadi salah seorang penceramah.
Keesokan harinya, Muhyiddin telah menghubungi pemimpin Pakatan Harapan bagi meminta penangguhan perjanjian kerjasama, bagaimanapun beliau menekankan bahawa beliau tidak mempunyai masalah dengan kandungannya.
Difahamkan Muhyiddin menuntut lebih banyak perbincangan dengan pemimpin-pemimpin Pakatan Harapan mengenai hubungan mereka dengan DAP dan Amanah.
Turut difahamkan bahawa Muhyiddin lebih berminat untuk membentuk pakatan pembangkangnya sendiri yang terdiri daripada PPBM, PKR dan PAS.
Gabungan itu akan bekerjasama dengan Pakatan Harapan. Bagaimanapun, pemimpin Pakatan Harapan tidak menerima cadangan itu.
Perjanjian pokok kerjasama adalah untuk memastikan pertandingan satu lawan satu dengan Barisan Nasional pada pilihan raya umum akan datang.
Perjanjian itu juga menyatakan pendirian mereka mengenai Perlembagaan Persekutuan, Islam, Raja-Raja Melayu, kedudukan orang Melayu, bahasa Melayu, Sabah dan Sarawak.
Perjanjian itu juga menyatakan bahawa Pakatan Harapan akan terus berunding dengan parti-parti pembangkang lain dan agenda Reformasi akan dihormati.
Pakatan Rakyat, yang terdiri daripada DAP, PKR dan PAS, secara rasmi telah berkubur pada Julai tahun lalu. #sumber
Muhyiddin "Tangguh", Sokong Kerjasama Dengan Pakatan Harapan
Sekianlah artikel Muhyiddin "Tangguh", Sokong Kerjasama Dengan Pakatan Harapan kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Sudah dibaca Muhyiddin "Tangguh", Sokong Kerjasama Dengan Pakatan Harapan linknya https://malaysiadansekitarnya.blogspot.com/2016/11/muhyiddin-tangguh-sokong-kerjasama_11.html
0 Response to "Muhyiddin "Tangguh", Sokong Kerjasama Dengan Pakatan Harapan"
Posting Komentar