Muhyiddin "Memohon Maaf" Atas Penangguhan Perjanjian Pakatan Harapan

Muhyiddin "Memohon Maaf" Atas Penangguhan Perjanjian Pakatan Harapan - Hallo sahabat Malaysia dan Sekitarnya, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Muhyiddin "Memohon Maaf" Atas Penangguhan Perjanjian Pakatan Harapan, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Berita, Artikel Budaya, Artikel Kabar, Artikel Malaysia, Artikel Melayu, Artikel News, Artikel Politik, Artikel Ragam, Artikel Sosial, Artikel Terbaru, Artikel Terkini, Artikel Update, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Muhyiddin "Memohon Maaf" Atas Penangguhan Perjanjian Pakatan Harapan
link : Muhyiddin "Memohon Maaf" Atas Penangguhan Perjanjian Pakatan Harapan

Baca juga


Muhyiddin "Memohon Maaf" Atas Penangguhan Perjanjian Pakatan Harapan


SHAH ALAM: Tan Sri Muhyiddin Yassin menjelaskan, penangguhan untuk menandatangani perjanjian kerjasama antara Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) dan Pakatan Harapan bukan kerana tidak bersetuju parti pimpinannya menyertai pakatan pembangkang itu.
Sambil memohon maaf di atas penangguhan tersebut, Presiden PPBM itu berkata, terdapat beberapa perkara berkaitan perjanjian antara kedua pihak perlu dibincangkan dengan lebih lanjut.
"Ada yang kata saya 'kaki sejuk', tetapi kaki saya masih panas. Ada yang kata saya tarik diri daripada menandatangani perjanjian kerjasama antara PPBM dan Pakatan Harapan, tetapi saya tak tarik diri.
"Saya amat serius dalam meneliti hal-hal yang penting seperti perjanjian kerjasama ini. Saya minta majlis ditangguhkan sedikit bagi memberi masa yang cukupi kepada semua pimpinan PPBM yang baharu dan Pakatan Harapan untuk berbincang lebih lanjut," katanya.
Beliau berkata demikian ketika berucap pada Konvensyen Pakatan Harapan kali pertama di Pusat Konvensyen Ideal (IDCC) di sini, Sabtu.
Muhyiddin berkata, perbincangan berkenaan bertujuan untuk mencapai kata sepakat terhadap setiap terma yang terkandung di dalam perjanjian itu.
"Pada dasarnya saya bersetuju dengan sebahagian besar perjanjian yang telah dirangka," katanya.
Dalam ucapan itu, Muhyiddin menegaskan bahawa PPBM bersedia untuk menyertai Pakatan Harapan.
"Parti Pribumi Bersatu Malaysia bersedia dan komited untuk menjalinkan kerjasama dengan Pakatan Harapan," kata bekas Timbalan Perdana Menteri itu.

Majlis menandatangani perjanjian untuk mengalu-alukan PPBM ke dalam keluarga Pakatan Harapan sepatutnya menjadi acara kemuncak konvensyen pada Sabtu di mana pengerusi parti itu, Tun Dr Mahathir Mohamad menyampaikan ucaptama.
Muhyiddin telah bersetuju dengan rancangan itu pada mesyuarat dengan pemimpin tertinggi Pakatan Harapan pada Selasa.
Bagaimanapun Muhyiddin kemudiannya meminta penangguhan perjanjian kerjasama berkenaan sehingga menimbulkan tanda tanya mengenai kedudukan PPBM bersama Pakatan Harapan. #sumber


Muhyiddin "Memohon Maaf" Atas Penangguhan Perjanjian Pakatan Harapan

Sekianlah artikel Muhyiddin "Memohon Maaf" Atas Penangguhan Perjanjian Pakatan Harapan kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Sudah dibaca Muhyiddin "Memohon Maaf" Atas Penangguhan Perjanjian Pakatan Harapan linknya https://malaysiadansekitarnya.blogspot.com/2016/11/muhyiddin-memohon-maaf-atas-penangguhan.html

Subscribe to receive free email updates:

0 Response to "Muhyiddin "Memohon Maaf" Atas Penangguhan Perjanjian Pakatan Harapan"

Posting Komentar