Muhyiddin membisu isu surat terbuka Syed Saddiq kepada Sultan Johor

Muhyiddin membisu isu surat terbuka Syed Saddiq kepada Sultan Johor - Hallo sahabat Malaysia dan Sekitarnya, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Muhyiddin membisu isu surat terbuka Syed Saddiq kepada Sultan Johor, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Berita, Artikel Budaya, Artikel Kabar, Artikel Malaysia, Artikel Melayu, Artikel News, Artikel Politik, Artikel Ragam, Artikel Sosial, Artikel Terbaru, Artikel Terkini, Artikel Update, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Muhyiddin membisu isu surat terbuka Syed Saddiq kepada Sultan Johor
link : Muhyiddin membisu isu surat terbuka Syed Saddiq kepada Sultan Johor

Baca juga


Muhyiddin membisu isu surat terbuka Syed Saddiq kepada Sultan Johor

Sudah beberapa laporan dibuat terhadap ketua armada Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM), Syed Saddiq Syed Abdul Rahman kerana kebiadapannya berhubung kandungan surat terbukanya yang ditujukan kepada Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar.

Dalam surat terbuka yang dimuat naik di laman Facebook­nya, Syed Saddiq antara lain mengkritik larangan mengadakan demonstrasi di Johor yang dititahkan Sultan Johor pada Khamis lepas.

Antara kandungan titah ucapan yang dibuat oleh Sultan Johor pada Perhimpunan Bangsa Johor di Pasir Gudang, adalah tidak akan sesekali membenarkan mana-mana pihak menganjurkan sebarang bentuk demonstrasi di negeri berkenaan.

Susulan itu laporan polis telah dibuat ke atas Syed Saddiq berhubung tindakan beliau yang berlaku biadab dan tidak menghormati titah Sultan Johor.

Namun disebalik laporan polis dan kecaman yang diterima oleh Syed Saddiq terutama oleh rakyat Johor, terdapat seorang lagi rakyat johor yang masih membisu mengenai isu berkenaam dan tidak memberikan reaksi mengenainya.

Siapakah individu itu? Tidak lain adalah Tan Sri Muhyiddin Yassin yang juga presiden PPBM. Ramai yang menantikan reaksinya memandangkan Syed Sadiq adalah ketua armada parti Muhyiddin dan ironinya, kedua-dua mereka adalah bangsa Johor.

Ibu bapa Syed Sadiqq menetap di Pulai manakala Muhyiddin pula dari Muar. Ketika Syed Saddiq dikecam kerana berdisko dan gambar gambar tersebar di media sosial, ibunya dikhabarkan mengalami tekanan perasaan dan malu dengan jiran jiran sekeliling.

Kali ini lebih dahsyat lagi, Syed Saddiq mengkritik titah Sultan Johor secara terbuka.

Mungkin juga Muhyiddin mendiam diri kerana beliau berada dalam keadaan dilema apatah lagi beliau menyokong demonstrasi Bersih 5 yang akan diadakan di Dataran Merdeka pada 19 November ini sedangkan Sultan Johor telah menegaskan bahawa demonstrasi jalanan adalah budaya sesat.

Selain sokongan, Muhyiddin telah menyatakan kesediaan untuk turut serta pada perhimpunan berkenaan dengan alasan kononnya PPBM dan Bersih memperjuangkan matlamat yang sama.

Sedangkan ketika beliau masih menjadi Timbalan Perdana Menteri dulu, Muhyiddin pernah menyifatkan Bersih sebagai satu cubaan pihak Pakatan Rakyat untuk menjadikannya sebagai jalan pintas ke Putrajaya.

Muhyiddin juga pernah menganggap demonstrasi jalanan bukan penyelesaian terbaik berkaitan dengan sistem pilihan raya negara, sebaliknya mereka boleh menggunakan demokrasi berparlimen untuk membetulkan keadaan dan beliau menyokong polis apabila tidak meluluskan permit perhimpunan kerana tidak mahu kejayaan, kemajuan dan kemakmuran yang dicapai oleh negara selama ini akan terjejas hanya kerana kelompok kecil ini.

Itu semua beberapa tahun lalu, namun kini Muhyiddin menjulang tinggi Bersih yang kononnya mahu menyampaikan mesej rakyat, sedangkan hakikat sebenar rakyat menolak perhimpunan jalanan seumpama itu.

Jangan lupa, dulu Bersih juga amat `bencikan' Tan Sri Abdul Rashid Abdul Rahman yang pernah menjawat jawatan pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) tetapi memandangkan beliau kini dilantik sebagai Naib Presiden PPBM, maka kebencian itu nyata sudah hilang.

Abdul Rashid kini diangkat sebagai `hero' kononnya banyak perkara dapat dicungkil daripadanya.

Apa pun kepada Muhyiddin, rakyat ingin mendengar beliau berbicara mengenai ketua armadanya yang menghina Sultan Johor. Rakyat ingin tahu adakah Muhyiddin akan bersetuju dengan Syed Saddiq?

Muhyiddin sudah dijangkiti virus yang amat berbahaya. Virus ini sedang membiak dalam saraf saraf geng parti bunga. Mereka sekarang ibarat "zombie" di jalanan, sanggup buat apa sahaja untuk kuasa dan kroni.


Muhyiddin membisu isu surat terbuka Syed Saddiq kepada Sultan Johor

Sekianlah artikel Muhyiddin membisu isu surat terbuka Syed Saddiq kepada Sultan Johor kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Sudah dibaca Muhyiddin membisu isu surat terbuka Syed Saddiq kepada Sultan Johor linknya https://malaysiadansekitarnya.blogspot.com/2016/11/muhyiddin-membisu-isu-surat-terbuka.html

Subscribe to receive free email updates:

0 Response to "Muhyiddin membisu isu surat terbuka Syed Saddiq kepada Sultan Johor"

Posting Komentar