Mengapa projek ECRL lebih penting dari bina universiti & hospital?

Mengapa projek ECRL lebih penting dari bina universiti & hospital? - Hallo sahabat Malaysia dan Sekitarnya, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Mengapa projek ECRL lebih penting dari bina universiti & hospital?, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Berita, Artikel Budaya, Artikel Kabar, Artikel Malaysia, Artikel Melayu, Artikel News, Artikel Politik, Artikel Ragam, Artikel Sosial, Artikel Terbaru, Artikel Terkini, Artikel Update, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Mengapa projek ECRL lebih penting dari bina universiti & hospital?
link : Mengapa projek ECRL lebih penting dari bina universiti & hospital?

Baca juga


Mengapa projek ECRL lebih penting dari bina universiti & hospital?

MALAYSIA DATELINE
Projek ECRL akan dilaksanakan dengan tiga fasa.Projek ECRL akan dilaksanakan dengan tiga fasa.


Mengapa projek landasan keretapi Pantai Timur (ECRL) lebih diutamakan kerajaan BN pimpinan Datuk Seri Najib Razak berbanding pembinaan universiti, hospital dan subsidi minyak masak?

Soalan itu dikemukakan Ahli Parlimen Pandan Rafizi Ramli kepada Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Abdul Rahman Dahalan dalam satu kenyataan media yang dkeluarkan hari ini.

Rafizi mengulas kenyataan yang dibuat Abdul Rahman ketika ditemubual SinarTV berhubung projek ECRL.
Naib Presiden PKR itu melahirkan kebimbangan sama ada projek mega itu dilaksanakan bagi kerajaan menyelesaikan tanggungan hutang 1MDB atau mengumpul dana pilihan raya umum yang dijangkakan pada tahun hadapan.
"Saya bimbang ia berkaitan dua peristiwa besar yang boleh berlaku dalam tahun 2017: pembayaran hutang-hutang 1MDB termasuk satu bayaran berjumlah RM14 bilion (atau USD3.5 bilion) kepada IPIC jika 1MDB kalah dalam proses timbangtara dan pilihan raya umum ke-14 (PRU14).

"Kedua-dua ini menelan belanja yang besar dan wang segera diperlukan," ujarnya.

Sehubungan itu, beliau mahu Abdul Rahman menjelaskan secara terbuka sama ada wujud perjanjian-perjanjian lain di antara Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dan pemimpin Kerajaan China membabitkan penyaluran dana kepada pihak-pihak lain yang akhirnya boleh membantu menanggung perbelanjaan membayar hutang 1MDB atau perbelanjaan PRU14.

"Jika ini bukan sebabnya, berikan 5 sebab kenapa projek keretapi Tumpat ke Pelabuhan Kelang ini adalah projek paling penting dan paling diutamakan?

"Kenapa ia lebih penting dari membina universiti? Kenapa ia lebih penting dari membina hospital? Kenapa ia lebih penting berbanding harga minyak masak rakyat?" soal beliau.

Menurut beliau, jawapan kepada pertanyaan-pertanyaan ini mampu mengurangkan syak wasangka rakyat terhadap projek ECRL dan tujuan ianya dimeterai secara terburu-buru oleh pentadbiran Najib.



Mengapa projek ECRL lebih penting dari bina universiti & hospital?

Sekianlah artikel Mengapa projek ECRL lebih penting dari bina universiti & hospital? kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Sudah dibaca Mengapa projek ECRL lebih penting dari bina universiti & hospital? linknya https://malaysiadansekitarnya.blogspot.com/2016/11/mengapa-projek-ecrl-lebih-penting-dari.html

Subscribe to receive free email updates:

0 Response to "Mengapa projek ECRL lebih penting dari bina universiti & hospital?"

Posting Komentar