Mahkamah Membatalkan Permohonan Habeas Corpus Maria Chin

Mahkamah Membatalkan Permohonan Habeas Corpus Maria Chin - Hallo sahabat Malaysia dan Sekitarnya, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Mahkamah Membatalkan Permohonan Habeas Corpus Maria Chin, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Berita, Artikel Budaya, Artikel Kabar, Artikel Malaysia, Artikel Melayu, Artikel News, Artikel Politik, Artikel Ragam, Artikel Sosial, Artikel Terbaru, Artikel Terkini, Artikel Update, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Mahkamah Membatalkan Permohonan Habeas Corpus Maria Chin
link : Mahkamah Membatalkan Permohonan Habeas Corpus Maria Chin

Baca juga


Mahkamah Membatalkan Permohonan Habeas Corpus Maria Chin

KUALA LUMPUR: Mahkamah Tinggi hari ini membatalkan permohonan habeas corpus difailkan Pengerusi Bersih 2.0, Maria Chin Abdullah.
Pesuruhjaya Kehakiman, Datuk Nordin Hassan dalam penghakiman lisan berkata, mahkamah itu tiada keperluan mendengar permohonan habeas corpus memandangkan Maria sudah dibebaskan daripada tahanan Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-langkah Khas) 2012 atau Sosma, semalam.
“Mahkamah menerima surat daripada Kementerian Dalam Negeri semalam memaklumkan beliau sudah dibebaskan.
“Responden tidak memfailkan sebarang afidavit untuk membalas habeas corpus,” katanya.
Nordin bagaimanapun tidak mengarahkan pembayaran sebarang kos.
Maria berkata, beliau akan mengemukakan rayuan terhadap keputusan mahkamah itu.
Sebelum pendengaran itu, Peguam Kanan Persekutuan, Mohammed Al Saifi Hashim yang mewakili semua responden membuat bantahan awal terhadap permohonan habeas corpus itu.
“Ia adalah ‘akademik’ susulan pembebasannya semalam. Tidak ada isu untuk dibincangkan. Sebab utama habeas corpus ialah memohon pembebasannya yang mana beliau sudah bebas sekarang.”
Sementara itu, peguam Maria, Gurdial Singh Nijar berhujah permohonan habeas corpus itu belum lagi akademik.
“Beliau memohon pengisytiharan habeas corpus berhubung kesahihan penahanan itu. Walaupun sudah bebas, tetapi soalan masih kekal berhubung cara beliau ditahan,” katanya.
Beliau berkata, ada banyak isu berhubung Sosma yang perlu dibangkitkan.
Maria ditahan di bawah Sosma pada 18 November lalu, sehari menjelang perhimpunan Bersih 5 di pejabat Bersih 2.0, Petaling Jaya.
Pada 22 November lalu, Maria memfailkan permohonan habeas corpus memohon pembebasannya di bawah Sosma serta-merta.
Dalam writ habeas corpus itu, Maria menamakan pegawai penyiasat Tham Lai Kuan, ketua polis negara, Kementerian Dalam Negeri dan kerajaan sebagai responden.
Anak sulung Maria, Azumin Mihamad Yunus, 23, menerusi afidavit sokongan berkata, penahanan ibunya tidak mengikut Perlembagaan keranan kerajaan gagal menyatakan kenapa beliau ditahan di bawah Sosma. #sumber


Mahkamah Membatalkan Permohonan Habeas Corpus Maria Chin

Sekianlah artikel Mahkamah Membatalkan Permohonan Habeas Corpus Maria Chin kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Sudah dibaca Mahkamah Membatalkan Permohonan Habeas Corpus Maria Chin linknya https://malaysiadansekitarnya.blogspot.com/2016/11/mahkamah-membatalkan-permohonan-habeas.html

Subscribe to receive free email updates:

0 Response to "Mahkamah Membatalkan Permohonan Habeas Corpus Maria Chin"

Posting Komentar