MAHATHIR DAN BERSIH SAMA-SAMA GAGAL

MAHATHIR DAN BERSIH SAMA-SAMA GAGAL - Hallo sahabat Malaysia dan Sekitarnya, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul MAHATHIR DAN BERSIH SAMA-SAMA GAGAL, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Berita, Artikel Budaya, Artikel Kabar, Artikel Malaysia, Artikel Melayu, Artikel News, Artikel Politik, Artikel Ragam, Artikel Sosial, Artikel Terbaru, Artikel Terkini, Artikel Update, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : MAHATHIR DAN BERSIH SAMA-SAMA GAGAL
link : MAHATHIR DAN BERSIH SAMA-SAMA GAGAL

Baca juga


MAHATHIR DAN BERSIH SAMA-SAMA GAGAL

Majoriti rakyat Malaysia menolak sikap hipokrit Bersih dan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) pimpinan Tun Dr. Mahathir Mohamad, kata Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Seri Dr. Salleh Said Keruak.

Berasaskan jumlah peserta Bersih 5 yang keluar semalam, Salleh berkata ini menunjukkan kegagalan serius buat Dr. Mahathir dan parti baharunya, rakan baharu dalam gabungan Pakatan Harapan yang diketuai DAP.

Beliau berkata penubuhan parti baharu Dr. Mahathir bertujuan menghimpunkan penyokong baharu orang Melayu untuk Pakatan dan Bersih 5.

“Namun, mereka yang berarak hari ini hanya tiga peratus dari perhimpunan Bersih tahun lepas – iaitu, 15,500 hari ini berbanding 500,000 tahun lepas yang didakwa Bersih.

“Jikapun anda ambil kira angka yang diberikan Malaysiakini, jumlah hari ini tidak lebih daripada 41,000 – kurang daripada 10 peratus daripada angka yang didakwa Bersih tahun lepas,” katanya dalam satu kenyataan malam tadi.

Salleh berkata, kesan daripada Dr. Mahathir dan kroninya menyertai Bersih menyaksikan jumlah peserta yang keluar menurun hampir 97 peratus.

“Orang Melayu mengesan agenda peribadinya dan enggan turut serta. Dan beribu-ribu rakyat Cina Malaysia yang menyertai Bersih tahun lepas begitu mual melihat Mahathir terlibat, mereka duduk saja di rumah,” kata beliau.

Salleh juga berkata majoriti rakyat Malaysia dapat melihat bahawa PPBM parti yang ‘sudah berlalu’ dan menemui kegagalan.

“Diwujudkan hasil kekecewaan Mahathir akibat anaknya tidak berpeluang menjadi perdana menteri selepas UMNO menolak beliau,” katanya.

Menteri itu berkata demokrasi tegak kukuh di Malaysia.

“Ia tidak mungkin lenyap semata-mata kerana angan-angan seorang tua yang pernah mengaku dirinya sebagai diktator semasa berkuasa,” katanya.


MAHATHIR DAN BERSIH SAMA-SAMA GAGAL

Sekianlah artikel MAHATHIR DAN BERSIH SAMA-SAMA GAGAL kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Sudah dibaca MAHATHIR DAN BERSIH SAMA-SAMA GAGAL linknya https://malaysiadansekitarnya.blogspot.com/2016/11/mahathir-dan-bersih-sama-sama-gagal.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

0 Response to "MAHATHIR DAN BERSIH SAMA-SAMA GAGAL"

Posting Komentar