Judul : Khalid tidak hipokrit tawar pampasan kepada SPLASH
link : Khalid tidak hipokrit tawar pampasan kepada SPLASH
Khalid tidak hipokrit tawar pampasan kepada SPLASH
SHAH ALAM: Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim tidak bersikap hipokrit bersabit jumlah tawaran pengambilalihan ekuiti Syarikat Pengeluar Air Sungai Selangor (SPLASH) sebagaimana yang didakwa Menteri Besar, Datuk Seri Azmin Ali.Seorang pakar ekonomi bebas yang enggan dikenali berkata, nilai tawaran yang disebutkan mantan Menteri Besar itu, iaitu RM250.6 juta adalah nilai tawaran sebenar untuk mengambil alih ekuiti SPLASH pada tawaran terakhir bertarikh 12 September 2014.
"Dalam sejarah penstrukturan industri air Selangor ini, ada 4 kategori tawaran. Dalam kesemua kategori untuk keempat-empat syarikat konsesi, kita memang ada pecahkan kepada bahagian ekuiti dan liabiliti.
"Datuk Seri Azmin kata Tan Sri hipokrit kerana buat tawaran besar pada 26 Jun 2009 berjumlah RM2.975 bilion. Apa yang hipokritnya? Apa yang disebut Tan Sri adalah untuk ekuiti dan liabiliti. Ekuiti jumlahnya RM1.579 bilion dan liabiliti RM1.396 bilion, maka jumlah keseluruhan untuk SPLASH pada 25 Jun 2009 adalah RM 2.975 bilion, bukan nilai ekuiti semata.
"Dan tawaran pada 25 Jun 2009 kepada semua pemegang konsesi berdasarkan prinsip 'all or nothing', bermakna ia hanya disempurnakan jika keempat-empat pemegang konsesi menerima tawaran tersebut. Jika salah satu menolak, maka tawaran akan batal dengan sendirinya," katanya kepada Antarapos, menjelaskan polemik isu SPLASH antara Khalid dan Azmin.
Menurut sumber Antarapos itu, pada ketika itu hanya Abass (Konsortium Abbas Sdn. Bhd.) dan SPLASH yang bersetuju manakala SYABAS dan Puncak Niaga menolak.
Justeru ujarnya, tawaran keseluruhan pada 25 Jun 2009 terhadap keempat-empat syarikat konsesi berjumlah RM9.218 bilion itu terbatal sendirinya.
"Dalam kategori 4 tawaran terhadap empat syarikat konsesi, ia merangkumi 20 Februari 2013, 21 November 2013, 26 Februari 2014, 1 Ogos 2014 dan 12 September 2014 (tawaran akhir).
"Pada kesemua tawaran dalam kategori 4 (termasuk tawaran akhir itu iaitu 12 September 2014), kerajaan negeri pimpinan Khalid menggunakan kaedah pembayaran ekuiti berdasarkan pulangan 12% setahun kepada ekuiti serta potongan mana-mana dividen yang telah dibayar.
"Kaedah itu digunakan selepas kerajaan negeri meneliti terma yang telah dinyatakan di dalam Perjanjian Penswastaan air yang ditandatangani oleh semua syarikat konsesi termasuk SPLASH.
"Maka dalam tawaran terakhir (12 September 2014) menerusi kaedah itu, tawaran yang berpatutan untuk SPLASH adalah RM250.6juta untuk bayaran ekuiti, serta bayaran liabiliti sejumlah RM1.584 billion," jelasnya lagi.
Tambah pakar ekonomi itu lagi, kaedah yang sama digunapakai untuk tiga lagi syarikat konsesi iaitu Puncak Niaga Holding Berhad (PNHB), SYABAS dan Konsortium ABBAS Sdn Berhad (ABBAS).
"Yang tiga lagi syarikat konsesi dah setuju dengan kaedah itu, kenapa SPLASH perlu diberi layanan istimewa menggunakan kaedah lain?," soalnya.
Maka ujar pakar ekonomi itu, nilai tawaran sebenar untuk mengambilalih ekuiti SPLASH adalah RM250.6 juta sebagaimana yang ditekankan Khalid dalam tawaran akhirnya pada 12 September, iaitu kira-kira dua minggu sebelum beliau melepaskan jawatan menteri besar.
Azmin sebelum ini menuduh Khalid hipokrit apabila hanya menguar-uarkan nilai tawaran mengambil alih SPLASH berjumlah RM250.6 juta, sedangkan dakwanya Khalid pernah menawarkan RM2.975 bilion kepada syarikat air berkenaan.
Khalid bagaimanapun berkata tuduhan Azmin itu adalah cubaan untuk mengalih isu berikutan keputusan pentadbiran menteri besar baru itu untuk membayar sebanyak RM2.7 bilion ke atas ekuiti SPLASH, iaitu 10 kali lebih tinggi daripada tawaran asal yang berjumlah RM250.6 juta.
Khalid tidak hipokrit tawar pampasan kepada SPLASH
Sekianlah artikel Khalid tidak hipokrit tawar pampasan kepada SPLASH kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Sudah dibaca Khalid tidak hipokrit tawar pampasan kepada SPLASH linknya https://malaysiadansekitarnya.blogspot.com/2016/11/khalid-tidak-hipokrit-tawar-pampasan.html
0 Response to "Khalid tidak hipokrit tawar pampasan kepada SPLASH"
Posting Komentar