Judul : Khalid Samad: Penyerang Saya Di Parlimen Mengaku Beliau Anak Tajuddin
link : Khalid Samad: Penyerang Saya Di Parlimen Mengaku Beliau Anak Tajuddin
Khalid Samad: Penyerang Saya Di Parlimen Mengaku Beliau Anak Tajuddin
KUALA LUMPUR: Ahli Parlimen Shah Alam Khalid Samad mendakwa salah seorang perusuh yang menyerang beliau di luar bangunan utama Parlimen pagi ini, adalah anak Ahli Parlimen Pasir Salak Datuk Tajuddin Abdul Rahman.
Menurut Khalid semasa sidang media di lobi Parlimen berhubung kejadian itu, kira-kira 20 hingga 30 lelaki cuba mencederakan beliau secara fizikal di samping mengeluarkan kata-kata menghina dan memakinya.
“Salah seorang daripada perusuh itu mengaku anak Pasir Salak (Tajuddin) dengan menjerit dan bertanya ‘mengapa kamu kata bapa saya sial’,” katanya yang kemudian diiringi pegawai keselamatan ke dalam Dewan.
Beliau berterima kasih dengan tindakan pegawai keselamatan yang melindunginya daripada pukulan dan tumbukan yang dilepaskan perusuh terbabit.
“Saya ucapan terima kasih kepada yang menjaga saya dengan baik. Ada yang dipukul, ditumbuk kerana ia ditujukan kepada saya tetapi menjadikan badan mereka sebagai perisai untuk melindungi saya,” katanya.
Khalid juga menegaskan ia adalah satu lagi contoh tingkah laku ganas dipamerkan Baju Merah dengan tindakan mengganggu terhadap konvoi Bersih 5 di seluruh negara, dan juga perbalahan baru-baru ini dengan pihak polis di pusat membeli-belah Ampang Point.
“Ini adalah budaya Jamal (Yunos), budaya yang sama ditunjukkan penyokong Baju Merah,” kata Khalid, merujuk kepada Ketua Umno Bahagian Sungai Besar, Datuk Seri Jamal Yunos.
“Ia juga adalah tanda kerajaan yang tahu ia tidak mendapat sokongan rakyat, dan daripada berdebat dengan pembangkang, mereka ambil jalan keluar dengan cara ini.”
Awal pagi ini, Khalid diserang perusuh ketika menghampiri bangunan utama Parlimen.
Bagaimanapun, ahli Parlimen Amanah itu bernasib baik dengan kehadiran pegawai keselamatan yang sempat menyelamatkannya dan menghalang kejadian menjadi lebih serius.
Namun, FMT dimaklumkan seorang pegawai mengalami kecederaan dalam kejadian huru-hara itu.
Serangan itu dipercayai mempunyai kaitan dengan kejadian di Dewan Rakyat pada Isnin, apabila Khalid memanggilTajuddin sebagai “sial”.
Kumpulan perusuh itu pada mulanya hanya mengganggu Khalid dengan menjerit “Hidup Pasir Salak! Hidup Pasir Salak! “, tetapi selepas seorang daripada mereka terjatuh di depan beberapa pegawai keselamatan Parlimen, ia bertukar menjadi ganas.
Salah seorang lelaki dalam video itu juga dilihat menjerit pada Khalid, berkata “ini kepada baru permulaan”.
Insiden di Dewan berpunca daripada kenyataan timbalan menteri pertanian dan asas tani yang dibuatnya dengan merujuk kepada ahli Parlimen Seputeh sebagai “satu-satunya wanita dengan Kok”.
Beliau enggan menarik balik kenyataannya dan disokong Timbalan Speaker Datuk Ronald Kiandee yang memutuskan tiada keperluan melakukannya dengan mengatakan Tajuddin hanya merujuk kepada nama Kok.
Sementara itu, Khalid memaklumkan beliau sudah menerima surat tuntutan daripada Tajuddin berhubung kata-kata “sial” yang dikeluarkannya dan menasihatkan semua pihak terlibat membiarkan kes berkenaan diurus di mahkamah.
“Saya nasihatkan kepada mereka, biarlah kami urusnya di mahkamah. Di Dewan mungkin kata-kata Pasir Salak tidak dikenakan sebarang tindakan kerana pihak speaker anggap ia tidak perlu.
“Tetapi saya yakin jika ia dibawa ke mahkamah yang bebas, ia akan menyatakan saya berhak mengeluarkan kata-kata begitu. Ini kerana ia disebabkan kata-kata beliau (Tajuddin) sendiri.”. #sumber
Khalid Samad: Penyerang Saya Di Parlimen Mengaku Beliau Anak Tajuddin
Sekianlah artikel Khalid Samad: Penyerang Saya Di Parlimen Mengaku Beliau Anak Tajuddin kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Sudah dibaca Khalid Samad: Penyerang Saya Di Parlimen Mengaku Beliau Anak Tajuddin linknya https://malaysiadansekitarnya.blogspot.com/2016/11/khalid-samad-penyerang-saya-di-parlimen.html
0 Response to "Khalid Samad: Penyerang Saya Di Parlimen Mengaku Beliau Anak Tajuddin"
Posting Komentar