Kerana Kulit Album, FT Tak Kisah ‘Dicerca’ Murtad

Kerana Kulit Album, FT Tak Kisah ‘Dicerca’ Murtad - Hallo sahabat Malaysia dan Sekitarnya, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Kerana Kulit Album, FT Tak Kisah ‘Dicerca’ Murtad, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Berita, Artikel Budaya, Artikel Kabar, Artikel Malaysia, Artikel Melayu, Artikel News, Artikel Politik, Artikel Ragam, Artikel Sosial, Artikel Terbaru, Artikel Terkini, Artikel Update, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Kerana Kulit Album, FT Tak Kisah ‘Dicerca’ Murtad
link : Kerana Kulit Album, FT Tak Kisah ‘Dicerca’ Murtad

Baca juga


Kerana Kulit Album, FT Tak Kisah ‘Dicerca’ Murtad

 THE MALAYSIAN MIRROR

PENYANYI berbakat besar, Faizal Tahir menyatakan dia tidak kisah sekiranya terdapat mana-mana pihak ‘mencercanya’ murtad hanya kerana reka bentuk kulit album terbaharunya.

Ini kerana ada sesetengah pihak memberikan komen kulit album terbaharunya, Anatomi seolah-olah menyerupai simbol kepercayaan agama tertentu.

Dipetik Malay Mail Online, Faizal berkata, “Ada yang kata macam bentuk iluminati dan freemason. Saya pun tak tahu macam mana mereka melihat.”

“Ada juga yang kata macam salib. Ada yang kata saya dah murtad. Apa jua mereka kata, saya alu-alukan, saya tiada masalah. Saya tahu apa yang saya buat,” katanya.

Kerana Kulit Album, FT Tak Kisah 'Dicerca' Murtad

Faizal turut menjelaskan kulit albumnya itu kebanyakannya memaparkan imej yang banyak berkisar dengan kehidupan peribadinya.

“Kulit album ini menunjukkan lagu di dalamnya. Ia juga menunjukkan benda yang sangat rapat dengan kejadian saya dan memberi kesan dalam hidup saya.

“Seperti kuda mewakili tahun saya dilahirkan. Kuda juga haiwan kesukaan saya dari kecil. Warna hitam dan putih itu mewakili kehidupan.

“Sayap melambangkan burung mitos Liverpool kerana saya penyokong tegarnya. Saya rasa kebangkitan Liverpool akan bermula,” katanya lagi.

Selain itu, mengenai dirinya yang tidak mengenakan baju dalam kulit album itu, Faizal mengatakan ia bukanlah satu masalah besar buat dirinya.

“Saya dah buat seperti ini sebelumnya. Bukan perkara baru dan tidak mengejutkan.

“Jika ada yang mengatakan aurat, penyanyi perempuan yang tak pakai tudung, tak ada pula yang berkata aurat.

“Bila kita keluarkan benda macam ini, kita boleh bezakan orang yang berfikiran terbuka dan berpengetahuan melihat sesuatu secara positif,” ujar bapa kepada lima cahaya mata ini lagi.
Anatomi yang sudah mula dipasarkan sejak minggu lalu mengandungi tujuh buah lagu iaitu Assalamualaikum, Sayang, Sejati, Setia, Suriram, Menang dan Bukan Yang Pertama. – MYNEWSHUB.CC

LIHAT VIDEO DI SINI

 


Kerana Kulit Album, FT Tak Kisah ‘Dicerca’ Murtad

Sekianlah artikel Kerana Kulit Album, FT Tak Kisah ‘Dicerca’ Murtad kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Sudah dibaca Kerana Kulit Album, FT Tak Kisah ‘Dicerca’ Murtad linknya https://malaysiadansekitarnya.blogspot.com/2016/11/kerana-kulit-album-ft-tak-kisah-dicerca.html

Subscribe to receive free email updates:

0 Response to "Kerana Kulit Album, FT Tak Kisah ‘Dicerca’ Murtad"

Posting Komentar