Judul : Kadir Jasin Makin Hilang Akal....Kenapa Tu?
link : Kadir Jasin Makin Hilang Akal....Kenapa Tu?
Kadir Jasin Makin Hilang Akal....Kenapa Tu?
“I challenge Datuk Seri Mustapa Mohamed, Datuk Seri Johari Abdul Ghani and Datuk Muhammad Ibrahim to show us the pay-in slips to prove that the China companies are actually bringing in the capital.” – A Kadir Jasin (beliau menulis demikian ketika mengulas nilai RM 143 Bilion MOU dan perjanjian pelaburan yang ditandatangani ketika Perdana Menteri Najib Razak melawat China).Sayang seseorang seperti Datuk Kadir yang suatu ketika dahulu mempunyai kekuatan penghujahan dan penaakulan logik kini menulis macam budak-budak kurang ilmu hanya kerana mahu menjatuhkan Najib Razak.
Inilah kali pertama saya dengar orang minta bukti resit duit pelaburan yang masuk hasil MOU yang ditandatangani ketika lawatan Perdana Menteri ke luar negara.
Pelaburan berbilion ringgit seperti yang diumumkan ketika lawatan ke China ialah dalam bentuk jangka panjang.
Untuk kelulusan MITI dan projek yang mahu dijalankan pun makan masa berbulan, malah mungkin bertahun.
Kita cari pelaburan hari ini, tahun hadapan mungkin pelaburan mula masuk. Malah mungkin dua tahun. Ini soal perniagaan bukan cerita simpan duit dalam bank.
Lebih melucukan, gila apa minta “pay in slip”? pelaburan ini akan dibuat oleh pelbagai syarikat kepada pelbagai industri bukannya kerajaan China masukkan wang dalam akaun kerajaan.
Zaman Mahathir dulu pernah NST bawah Kadir minta resit bank dari Kerajaan untuk buktikan pelaburan masuk?
Oh ya, membawa masuk pelaburan asing bukanlah semudah dapat kontrak Janakuasa Bebas (IPP) atau ambil alih syarikat dengan harga RM 1.
Saya tahu Dato Kadir tahu semua ini. Namun beliau memilih untuk mengelirukan rakyat demi kepentingan Tun Mahathir.
Kita tidak bolehlah menyalahkan beliau sepenuhnya. Dengan segala kemewahan beliau dapat dari Tun Mahathir dan Tun Daim Zainudin, adalah tidak wajar beliau mahu mengkhianati mantan PM tersebut.
Kadir Jasin Makin Hilang Akal....Kenapa Tu?
Sekianlah artikel Kadir Jasin Makin Hilang Akal....Kenapa Tu? kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Sudah dibaca Kadir Jasin Makin Hilang Akal....Kenapa Tu? linknya https://malaysiadansekitarnya.blogspot.com/2016/11/kadir-jasin-makin-hilang-akalkenapa-tu.html
0 Response to "Kadir Jasin Makin Hilang Akal....Kenapa Tu?"
Posting Komentar