Jangan musnah negara kononnya mahu berubah

Jangan musnah negara kononnya mahu berubah - Hallo sahabat Malaysia dan Sekitarnya, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Jangan musnah negara kononnya mahu berubah, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Berita, Artikel Budaya, Artikel Kabar, Artikel Malaysia, Artikel Melayu, Artikel News, Artikel Politik, Artikel Ragam, Artikel Sosial, Artikel Terbaru, Artikel Terkini, Artikel Update, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Jangan musnah negara kononnya mahu berubah
link : Jangan musnah negara kononnya mahu berubah

Baca juga


Jangan musnah negara kononnya mahu berubah

SHAH ALAM 2 Nov.- Tidak sepatutnya keamanan negara yang terpelihara sejak 59 tahun lalu dihancurkan semata-mata mahu membawa perubahan kepada sistem pilihan raya sedia ada.

Ini kerana nikmat yang dikecapi itu terpaksa mengorbankan banyak nyawa terutama anggota pasukan keselamatan.

Sehubungan itu, Pengerusi Persatuan Bekas Polis Malaysia (PBPM) Selangor, Md. Yusop Abd. Majid menuntut supaya perhimpunan Bersih 5 yang dijadualkan pada 19 November ini dihalang walaupun didakwa mempunyai niat yang baik untuk rakyat serta negara.

“Janganlah kita sewenang-wenangnya menghancurkan keamanan negara yang terpelihara sejak sekian lama hanya kerana ingin melakukan perubahan dalam sistem pilihan raya. Perhimpunan sedemikian hanya menyebabkan suasana aman menjadi kucar-kacir.

“Perhimpunan Bersih 5 dipercayai didalangi pihak asing yang mempunyai agenda bukan sahaja menjatuhkan kerajaan tetapi ekonomi negara kita,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) di sini, hari ini.

Yang hadir sama ialah Pengerusi Gerakan Penegak Suara Selangor (Gapenas), Nasiruddin Mohamed dan Bendahari Pertubuhan Suara Rakyat Marhaens (Suara), Kamarujas Abdullah.

Sementara itu, Nasiruddin memberitahu, pihaknya membuat laporan polis terhadap penganjur Bersih rentetan daripada pendedahan oleh DC Leaks, Open Society Foundation (OSF) milik George Soros yang dikatakan memberi dana untuk melaksanakan aktiviti yang cenderung menjatuhkan kerajaan yang dipilih secara demokrasi.

“Pendedahan DC Leaks tidak boleh dipandang ringan kerana selain OSF dikatakan membiayai Bersih, ia juga didakwa membiayai Merdeka Center dan Malaysiakini.

“Pemberian geran di bawah Malaysia Programme kepada pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dan media tersebut harus disiasat oleh polis,” ujarnya.


Jangan musnah negara kononnya mahu berubah

Sekianlah artikel Jangan musnah negara kononnya mahu berubah kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Sudah dibaca Jangan musnah negara kononnya mahu berubah linknya https://malaysiadansekitarnya.blogspot.com/2016/11/jangan-musnah-negara-kononnya-mahu.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

0 Response to "Jangan musnah negara kononnya mahu berubah"

Posting Komentar