Judul : Jamal: Parodi Tengku Mahkota Johor, Gurauan Raja Dengan Rakyat
link : Jamal: Parodi Tengku Mahkota Johor, Gurauan Raja Dengan Rakyat
Jamal: Parodi Tengku Mahkota Johor, Gurauan Raja Dengan Rakyat
PETALING JAYA: Ketua kumpulan baju merah, Datuk Seri Jamal Md Yunos menyifatkan Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim sengaja bergurau menerusi video parodi berkaitan NGO yang diwakilinya itu.
"Saya suka dan gembira bila dapat respons daripada TMJ (Tunku Mahkota Johor).
"Bagi saya TMJ saja bergurau. Sebagai seorang raja dengan siapa lagi beliau mahu bergurau, sudah pasti dengan rakyat. TMJ seorang yang berjiwa rakyat dan saya mengucapkan terima kasih kepada beliau," katanya menerusi kenyataan pada Isnin.
Pada Ahad, laman Facebook Johor Southern Tigers menarik perhatian netizen dengan memuat naik video parodi yang menunjukkan sekumpulan lelaki berbaju merah melakukan demonstrasi silat yang sering dilakukan gerakan baju merah yang dikenali Gabungan NGO Gerakan Merah Malaysia (GNGMM) dalam protesnya.
Seorang lelaki yang berdiri di tengah-tengah kumpulan dalam kedudukan separa bulat itu dilihat menjerit sebelum lelaki lain memukulnya menggunakan ranting pokok.
Video tersebut seterusnya memaparkan Tunku Ismail yang berbaju, bertopi biru serta memakai cermin mata hitam sambil memegang pistol dengan wajah bengis melepaskan beberapa das tembakan sebelum berpaling ke arah kamera. #sumber
Jamal: Parodi Tengku Mahkota Johor, Gurauan Raja Dengan Rakyat
Sekianlah artikel Jamal: Parodi Tengku Mahkota Johor, Gurauan Raja Dengan Rakyat kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Sudah dibaca Jamal: Parodi Tengku Mahkota Johor, Gurauan Raja Dengan Rakyat linknya https://malaysiadansekitarnya.blogspot.com/2016/11/jamal-parodi-tengku-mahkota-johor.html
0 Response to "Jamal: Parodi Tengku Mahkota Johor, Gurauan Raja Dengan Rakyat"
Posting Komentar