Judul : Isteri Jalaluddin Hassan Meninggal Dunia.....Al Fatihah
link : Isteri Jalaluddin Hassan Meninggal Dunia.....Al Fatihah
Isteri Jalaluddin Hassan Meninggal Dunia.....Al Fatihah
PETALING JAYA: Isteri kepada pelakon terkenal Datuk Jalaluddin Hassan iaitu Datin Hashimah Mad Ehsan meninggal dunia kira-kira pukul 3 pagi Sabtu.Jalaluddin ketika dihubungi berkata, Hashimah, 64, menghembuskan nafas terakhirnya selepas berlaku komplikasi selepas menjalani pembedahan jantung di Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia (PPUKM) dekat sini pada Jumaat lalu.
"Pembedahan itu dilakukan bagi membuka saluran jantung tersumbat dan Alhamdulillah ia berjalan lancar sebelum berlaku komplikasi.
"Isteri juga menghidapi penyakit kencing manis selain masalah paru-paru dan doktor mengesahkan arwah meninggal dunia pada pukul 3 pagi tadi," katanya.
Dalam pada itu, Jalaluddin memberitahu jenazah Allahyarham akan dikebumikan selepas solat Zohor di Tanah Perkuburan Islam Datuk Keramat dekat sini.
Pasangan itu yang berkahwin pada 1976 mempunyai lapan cahaya mata dan 14 cucu.
Isteri Jalaluddin Hassan Meninggal Dunia.....Al Fatihah
Sekianlah artikel Isteri Jalaluddin Hassan Meninggal Dunia.....Al Fatihah kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Sudah dibaca Isteri Jalaluddin Hassan Meninggal Dunia.....Al Fatihah linknya https://malaysiadansekitarnya.blogspot.com/2016/11/isteri-jalaluddin-hassan-meninggal.html
0 Response to "Isteri Jalaluddin Hassan Meninggal Dunia.....Al Fatihah"
Posting Komentar