Judul : Ibrahim Ali: Hasrat Tanding PRU14 Bukan Kerana Mahu Bantu UMNO
link : Ibrahim Ali: Hasrat Tanding PRU14 Bukan Kerana Mahu Bantu UMNO
Ibrahim Ali: Hasrat Tanding PRU14 Bukan Kerana Mahu Bantu UMNO
KUALA LUMPUR: Datuk Ibrahim Ali mendakwa sudah lebih dua tahun tidak bertemu Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, sekali gus menolak dakwaan beliau ingin membantu UMNO memenangi Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14).
Malahan, kata Presiden Persatuan Pribumi Perkasa (Perkasa) itu, hasratnya untuk bertanding pada pilihan raya nanti juga tiada kaitan dengan UMNO .
"Saya tak pernah jadikan dedak sebagai matlamat perjuangan selama 40 tahun. Lagipun saya tidak berjumpa Datuk Seri Najib Tun Razak selama dua tahun setengah.
"Saya kalau UMNO nak beli mahal, RM200 juta. Saya tak buat lawak," katanya.
Tambah Ibrahim lagi, beliau juga akan bertanding sebagai calon Bebas dan berhasrat memilih kerusi Parlimen Pasir Mas atau Rantau Panjang di Kelantan.
"Saya akan bertanding semula di Pasir Mas atau Rantau Panjang di Kelantan sebagai calon Bebas, tiada kena-mengena dengan Perkasa," katanya ringkas.
Ibrahim juga tidak melihat keputusannya untuk bertanding semula atas tiket Bebas pada PRU-14 sebagai satu masalah.
"Apa salahnya, saya pernah bertanding Bebas sebelum ini. Tun kata kalau saya masuk boleh pecah belah undi tapi apakah dia (Tun) boleh jamin tak ada calon Bebas pada PRU-14 nanti," soalnya.
Pada masa sama, beliau turut merancang untuk meletakkan kira-kira 50 calon bebas untuk bertanding pada PRU-14 sebagai calon alternatif kepada pengundi Melayu yang menolak Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM), Parti Keadilan Rakyat, UMNO , PAS dan Amanah.
"Kita nak lebih ramai suara calon Bebas di Parlimen yang boleh bercakap mewakili rakyat dan bukan terikat kepada parti," katanya. #sumber
Ibrahim Ali: Hasrat Tanding PRU14 Bukan Kerana Mahu Bantu UMNO
Sekianlah artikel Ibrahim Ali: Hasrat Tanding PRU14 Bukan Kerana Mahu Bantu UMNO kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Sudah dibaca Ibrahim Ali: Hasrat Tanding PRU14 Bukan Kerana Mahu Bantu UMNO linknya https://malaysiadansekitarnya.blogspot.com/2016/11/ibrahim-ali-hasrat-tanding-pru14-bukan.html
0 Response to "Ibrahim Ali: Hasrat Tanding PRU14 Bukan Kerana Mahu Bantu UMNO"
Posting Komentar