Husam Gelisah Atau DAP Yang “Naik Angin” Bila PAS Dan Umno Bekerjasama

Husam Gelisah Atau DAP Yang “Naik Angin” Bila PAS Dan Umno Bekerjasama - Hallo sahabat Malaysia dan Sekitarnya, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Husam Gelisah Atau DAP Yang “Naik Angin” Bila PAS Dan Umno Bekerjasama, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Berita, Artikel Budaya, Artikel Kabar, Artikel Malaysia, Artikel Melayu, Artikel News, Artikel Politik, Artikel Ragam, Artikel Sosial, Artikel Terbaru, Artikel Terkini, Artikel Update, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Husam Gelisah Atau DAP Yang “Naik Angin” Bila PAS Dan Umno Bekerjasama
link : Husam Gelisah Atau DAP Yang “Naik Angin” Bila PAS Dan Umno Bekerjasama

Baca juga


Husam Gelisah Atau DAP Yang “Naik Angin” Bila PAS Dan Umno Bekerjasama

SEJAK ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Salor Datuk Paduka Husam Musa dipecat daripada Parti PAS pada 23 April 2016, beliau seolah-olah menjadi jurucakap DAP untuk menyerang parti PAS.

Memandangkan usul meminda Akta Mahkamah Syariah ditangguhkan, Husam beranggapan bahawa ianya memberi petanda  yang pilihan raya umum ke 14 akan diadakan sebelum sidang parlimen Mac depan.

Untuk makluman, cadangan pindaan Akta Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) 1965 (Akta 355) adalah untuk memperkasa Mahkamah Syariah yang ketika ini dibataskan kuasa hukuman kepada kadar maksimum penjara 3 tahun, denda RM5,000, 6 kali sebatan syar’ie. Kali terakhir dipinda pada tahun 1984 peningkatan dari penjara 6 bulan dan denda RM1000.

Apa yang dicadangkan hanyalah meningkatkan hukuman maksimum kepada hukuman yang selaras dengan hukum syarak selain hukuman mati. Jumlah hukuman denda, penjara dan sebatan bakal ditentukan oleh Dewan Undangan Negeri.

Walaupun RUU355 ini tidak melibatkan orang bukan Islam memandangkang tidak mungkin mereka boleh dibicarakan di bawah Mahkamah Syariah kerana Perlembagaan Persekutuan menetapkan bidang kuasa Mahkamah Syariah hanya untuk umat Islam dan Akta 355, Seksyen 2 juga menjelaskan hanya orang Islam yang boleh dibicarakan dan dihukum di Mahkamah Syariah namun usul memperkasakan RUU355 tetap mendapat tentangan DAP dan MCA.

Husam yang kini merupakan pemimpin kanan Parti Amanah Negara (PAN) mendakwa, Umno berjaya menggantung isu ‘perlaksanaan hudud’ dan mewujudkan suasana sama menang (win-win) dengan PAS.

Beliau dilihat cuba melakukan provokasi bagi mencetuskan perbalahan dikalangan PAS dan UMNO. Sebarang pemuafakatan antara kedua-dua parti ini sudah tentu tidak disenangi pembangkang pimpinan DAP.

“Ia bagus untuk PAS tidak dilihat gagal dalam pendekatannya. Juga sebagai penyedap rasa untuk berterusan dalam senggama politik antara PAS dan Umno, khususnya untuk PRU terdekat.

“Umno pula dilihat jujur dalam memartabatkan hukum Islam. Parti komponen BN pula tidak dilihat dipermainkan,” kata Husam.

Sepertimana yang kita amat maklum, pembangkang yang diketuai DAP akan mengunakan pemimpin Melayu untuk “membunuh” orang Melayu yang lain dalam usaha mereka untuk merampas negara dari kerajaan Barisan Nasional. Sebarang kerjasama antara Umno dan PAS akan mengundang bala kepada DAP.

Oleh itu, sama-sama kita nantikan beberapa lagi pemimpin Melayu dalam pembangkang pimpinan DAP bersuara mengutuk kerjasama tersebut.


Husam Gelisah Atau DAP Yang “Naik Angin” Bila PAS Dan Umno Bekerjasama

Sekianlah artikel Husam Gelisah Atau DAP Yang “Naik Angin” Bila PAS Dan Umno Bekerjasama kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Sudah dibaca Husam Gelisah Atau DAP Yang “Naik Angin” Bila PAS Dan Umno Bekerjasama linknya https://malaysiadansekitarnya.blogspot.com/2016/11/husam-gelisah-atau-dap-yang-naik-angin.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

0 Response to "Husam Gelisah Atau DAP Yang “Naik Angin” Bila PAS Dan Umno Bekerjasama"

Posting Komentar