Hishamuddin: Bukan Ganjil Tun M Hadir Mesyuarat Pemimpin Pembangkang

Hishamuddin: Bukan Ganjil Tun M Hadir Mesyuarat Pemimpin Pembangkang - Hallo sahabat Malaysia dan Sekitarnya, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Hishamuddin: Bukan Ganjil Tun M Hadir Mesyuarat Pemimpin Pembangkang, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Berita, Artikel Budaya, Artikel Kabar, Artikel Malaysia, Artikel Melayu, Artikel News, Artikel Politik, Artikel Ragam, Artikel Sosial, Artikel Terbaru, Artikel Terkini, Artikel Update, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Hishamuddin: Bukan Ganjil Tun M Hadir Mesyuarat Pemimpin Pembangkang
link : Hishamuddin: Bukan Ganjil Tun M Hadir Mesyuarat Pemimpin Pembangkang

Baca juga


Hishamuddin: Bukan Ganjil Tun M Hadir Mesyuarat Pemimpin Pembangkang


KUALA LUMPUR: Tindakan Tun Dr Mahathir Mohamad hadir di Parlimen pada Selasa bagi menghadiri mesyuarat bersama anggota Parlimen pembangkang bukan perkara ganjil kerana ini satu lagi usaha beliau menyerang kepimpinan negara, kata Naib Presiden Umno Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein.

Bagaimanapun, katanya, tindakan bekas perdana menteri itu tidak akan mampu menjatuhkan Umno dan Barisan Nasional (BN) yang utuh dengan kesatuan anggotanya.

"Macam-macam dia buat kepada Umno, namun kita terus bersatu kerana kekuatan Umno bukan kepada individu sebaliknya mencakupi semua ahli dan pemimpin di peringkat akar umbi, cawangan, bahagian, negeri dan pusat.

"Dia serang Presiden (Datuk Seri Najib Tun Razak) kita pertahankan kerana presiden kita, macam juga kita pertahankan beliau dahulu kerana beliau presiden parti," katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat penyelarasan Konvensyen Pemerkasaan Agenda Ummah di Menara Dato' Onn, Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas kehadiran Dr Mahathir yang juga Pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) pada mesyuarat khas berkaitan hak-hak dan kekebalan anggota Parlimen di Parlimen hari ini.

Turut hadir pada mesyuarat itu ialah Presiden PPBM Tan Sri Muhyiddin Yassin, Presiden Parti Warisan Sabah Datuk Seri Mohd Shafie Apdal, Ketua Pembangkang Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail dan Penasihat DAP Lim Kit Siang.

Ditanya mengenai dakwaan Dr Mahathir kononnya Dewan Rakyat pada masa ini tidak demokratik jika dibandingkan zaman pemerintahannya, Hishammuddin berkata ia perlu dinilai oleh rakyat dan sejarah.

"Beliau boleh menganggap kepimpinannya lebih baik, tetapi biar rakyat tentukan, biar sejarah menentukan segalanya. Orang akan menilai apa yang beliau lakukan sekarang adakah konsisten dengan apa yang beliau lakukan dahulu," katanya.

Sementara itu, mengenai pelbagai memorandum persefahaman (MoU) yang ditandatangani Malaysia dan China yang dianggap pembangkang sebagai menjual negara, Hishammuddin yang juga Menteri Pertahanan berkata perjanjian itu tidak menggugat maruah dan kedaulatan negara.

Sebaliknya, perjanjian itu penting dalam mengukuhkan ekonomi negara serta memberi manfaat kepada Malaysia memandangkan China pada masa ini merupakan sebuah kuasa ekonomi dunia, katanya.

"Negara amat rugi sekiranya hubungan yang dirintis bekas Perdana Menteri Tun Abdul Razak Hussein sejak 42 tahun lalu tidak dimanfaatkan khususnya dalam suasana kelembapan ekonomi dunia sekarang," katanya. #sumber




Hishamuddin: Bukan Ganjil Tun M Hadir Mesyuarat Pemimpin Pembangkang

Sekianlah artikel Hishamuddin: Bukan Ganjil Tun M Hadir Mesyuarat Pemimpin Pembangkang kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Sudah dibaca Hishamuddin: Bukan Ganjil Tun M Hadir Mesyuarat Pemimpin Pembangkang linknya https://malaysiadansekitarnya.blogspot.com/2016/11/hishamuddin-bukan-ganjil-tun-m-hadir.html

Subscribe to receive free email updates:

0 Response to "Hishamuddin: Bukan Ganjil Tun M Hadir Mesyuarat Pemimpin Pembangkang"

Posting Komentar