Judul : Himpunan Bersih…ini amaran dari Ketua Polis Negara
link : Himpunan Bersih…ini amaran dari Ketua Polis Negara
Himpunan Bersih…ini amaran dari Ketua Polis Negara
Menjelang himpunan Bersih 5 Sabtu ini dan kemungkinan pertembungan dengan Baju Merah…jangan nanti kata polis tidak bagi amaran awal.Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar ingatkan jangan nak marah polis jika bertindak keatas sesiapa saja dalam perhimpunan itu yang langgar undang-undang.
Katanya polis sudah bersiap sedia termasuk menghadapi perhimpunan itu.
Beliau menegaskan ingatan itu tak kira samaada Baju Kuning atau Baju Merah yang langgar undang-undang.
"Saya ingin menegaskan sekali lagi bahawa semua pihak perlu mengikuti undang-undang dan tidak marah dengan kita apabila kita mengambil tindakan terhadap mereka yang tidak mengikut undang-undang, sama ada kuning atau Baju Merah," katanya dalam sidang akhbar selepas satu majlis di Kuala Lumpur Selasa.
Beliau menjelaskan semua bentuk tindakan yang diambil keatas mereka yang engkar adalah mengikut lunas undang-undang.
Ketua Polis Negara itu jamin jumlah anggota yang mencukupi untuk mengawal keadaan.
Himpunan Bersih…ini amaran dari Ketua Polis Negara
Sekianlah artikel Himpunan Bersih…ini amaran dari Ketua Polis Negara kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Sudah dibaca Himpunan Bersih…ini amaran dari Ketua Polis Negara linknya https://malaysiadansekitarnya.blogspot.com/2016/11/himpunan-bersihini-amaran-dari-ketua.html
0 Response to "Himpunan Bersih…ini amaran dari Ketua Polis Negara"
Posting Komentar