Hadi bidas Rafizi tidak utamakan agama sebaliknya hanya sanjung politik

Hadi bidas Rafizi tidak utamakan agama sebaliknya hanya sanjung politik - Hallo sahabat Malaysia dan Sekitarnya, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Hadi bidas Rafizi tidak utamakan agama sebaliknya hanya sanjung politik, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Berita, Artikel Budaya, Artikel Kabar, Artikel Malaysia, Artikel Melayu, Artikel News, Artikel Politik, Artikel Ragam, Artikel Sosial, Artikel Terbaru, Artikel Terkini, Artikel Update, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Hadi bidas Rafizi tidak utamakan agama sebaliknya hanya sanjung politik
link : Hadi bidas Rafizi tidak utamakan agama sebaliknya hanya sanjung politik

Baca juga


Hadi bidas Rafizi tidak utamakan agama sebaliknya hanya sanjung politik

Penangguhan penjelasan Rang Undang-Undang (RUU) Akta 355 langsung tidak ada kaitan dengan UMNO.

Tegas Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang dakwaan Naib Presiden PKR, Rafizi Ramli kononnya RUU Akta 355 ada kaitan dengan UMNO sama sekali tidak benar sebaliknya jelas Hadi ia dibuat bagi memberi lebih banyak masa untuk memberi penjelasan kepada orang ramai.

Tambah Hadi penangguhan itu juga terpaksa dibuat memandangkan masih ramai yang tidak faham dan ragu-ragu dengan RUU untuk perkasakan bidang kuasa Mahkamah Syariah itu.

Ahli Parlimen Marang itu memberitahu PAS tidak mahu membentangkan RUU itu dalam keadaan tergopoh-gapah justeru bertindak menangguhkan ia ke sidang Parlimen, Mac akan datang.

“Itu tidak betul, tidak betul…saya bukan melengah-lengahkan, tetapi itu untuk memberi ruang penambahbaikan dan memberi peluang kepada semua pihak supaya memahami dengan cara yang betul. Sebab (itu) saya tidak bertindak dengan cara tergopoh-gopoh.

“Beri peluang, (pada) masa (yang) baik. Mereka nak tutup di situ dengan undi di Parlimen, itu tidak boleh, undi tidak mewakili seluruh masyarakat Islam. Dia hendak bakar keamanan ke?

“Mereka ini tidak fikir kepentingan agama, kepentingan politik mereka lebih tinggi daripada segala-galanya tetapi kita tidak begitu,” katanya selepas kuliah pagi di Masjid Rusila, semalam.

Rafizi sebelum ini mendakwa UMNO ada kaitan dengan penangguhan itu dan beliau khuatir PAS akan dipermainkan parti itu.

Bekas Setiausaha Agung PKR itu berkata, pada awalnya beliau mahu menyokong RUU itu, namun melihatkan ‘permainan’ UMNO ke atas PAS, Rafizi berpandangan penangguhan akta itu, ada kaitan dengan UMNO.

“Saya tidak ada masalah menyokong kerana memang kita mahu dengar pandangan UMNO dalam perkara ini.

“Tetapi apabila berulang kembali perkara ini pada hari ini, jelaslah permainan UMNO dalam perkara ini dan saya khuatir PAS akan terus dimain-mainkan.

“Akhirnya PAS akan terus dilihat berkawan dengan UMNO dan memanjangkan tempoh berkuasanya (Datuk Seri) Najib Razak,” tulisnya dalam laman Facebooknya.


Hadi bidas Rafizi tidak utamakan agama sebaliknya hanya sanjung politik

Sekianlah artikel Hadi bidas Rafizi tidak utamakan agama sebaliknya hanya sanjung politik kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Sudah dibaca Hadi bidas Rafizi tidak utamakan agama sebaliknya hanya sanjung politik linknya https://malaysiadansekitarnya.blogspot.com/2016/11/hadi-bidas-rafizi-tidak-utamakan-agama.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

0 Response to "Hadi bidas Rafizi tidak utamakan agama sebaliknya hanya sanjung politik"

Posting Komentar