Judul : Gara-gara cabar 'anak jantan' di Dewan Rakyat...
link : Gara-gara cabar 'anak jantan' di Dewan Rakyat...
Gara-gara cabar 'anak jantan' di Dewan Rakyat...
Siapa yang tidak marah dengan dakwaan keterlaluan Ahli Parlimen PKR kawasan Kapar G. Manivanan di Dewan Rakyat golongan wanita negara ini mungkin terpaksa melacurkan diri manakala kanak-kanak pula menjual dadah di jalanan kerana kenaikan harga barang yang tidak dapat dikawal kerajaan.Ini mencetuskan pertikaman lidah yang panas antara beliau dengan Ahli Parlimen BN Kota Tinggi Datuk Noor Ehsanuddin Mohd Harun Narrashid setelah enggan membenarkannya penyokong kerajaan itu bangun mencelah untuk lawan bahas.
Noor Ehsanuddin mendesak Manivanan tarik balik kata-katanya itu tetapi ditolak.
Kejadian itu berlaku semasa perbahasan Bajet 2017 Isnin malam.
Setelah Noor Ehsanuddin meninggalkan ruang sidang Dewan Rakyat Manivanan pada akhir ucapannya bahasnya gatal mulut cabarnya berjumpa di luar dewan jika benar beliau 'anak jantan'.
Ketegangan diantara mereka bersambung Selasa sejurus selepas Rafizi Ramli (PKR-Pandan) mengakhiri perbahasannya Bajet 2017.
Keadaan menjadi agak panas sehingga Timbalan Speaker Datuk Ismail Mohamad Said mengarahkan kedua-dua ahli parlimen itu duduk.
Bercakap kepada wartawan di lobi Parlimen selepas itu,Noor Ehsanuddin menafikan dakwaan beliau hendak bertumbuk dengan Manivanan.
Ahli Parlimen BN itu menjelaskan beliau cuma mahu mendapatkan kepastian dari Ahli Parlimen pembangkang itu mengenai cabarannya semalam.
Namun telah dihalang oleh beberapa pegawai Parlimen.
“Saya bukan mahu gaduh.Saya tiada dalam dewan semasa dia cabar semalam. Dengar kata dia cabar kalau saya anak jantan jumpa di luar. Jadi saya nak tanya dia betulkah dia cabar saya mengenai anak jantan itu,” katanya.
Noor Ehsanuddin menyelar sikap Manivanan yang disifatkanya biadap dan salahguna kekebalan sebagai Ahli Parlimen.
Gara-gara cabar 'anak jantan' di Dewan Rakyat...
Sekianlah artikel Gara-gara cabar 'anak jantan' di Dewan Rakyat... kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Sudah dibaca Gara-gara cabar 'anak jantan' di Dewan Rakyat... linknya https://malaysiadansekitarnya.blogspot.com/2016/11/gara-gara-cabar-anak-jantan-di-dewan.html
0 Response to "Gara-gara cabar 'anak jantan' di Dewan Rakyat..."
Posting Komentar