Empat Di Tahan, Rampas Dadah Bernilai Lebih RM145,000 Di Kuantan

Empat Di Tahan, Rampas Dadah Bernilai Lebih RM145,000 Di Kuantan - Hallo sahabat Malaysia dan Sekitarnya, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Empat Di Tahan, Rampas Dadah Bernilai Lebih RM145,000 Di Kuantan, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Berita, Artikel Budaya, Artikel Kabar, Artikel Malaysia, Artikel Melayu, Artikel News, Artikel Politik, Artikel Ragam, Artikel Sosial, Artikel Terbaru, Artikel Terkini, Artikel Update, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Empat Di Tahan, Rampas Dadah Bernilai Lebih RM145,000 Di Kuantan
link : Empat Di Tahan, Rampas Dadah Bernilai Lebih RM145,000 Di Kuantan

Baca juga


Empat Di Tahan, Rampas Dadah Bernilai Lebih RM145,000 Di Kuantan


KUANTAN: Empat termasuk dua wanita warga Vietnam disyaki terlibat dalam kegiatan pengedaran dadah di daerah ini ditahan bersama pelbagai jenis dadah dianggarkan bernilai RM145,438 hasil dua serbuan di sini, semalam.

Tangkapan pertama ke atas seorang lelaki berusia 21 tahun di hadapan sebuah restoran di Jalan Haji Abdul Rahman di sini jam 11.30 malam manakala tiga lagi ditahan hasil serbuan ke atas sebuah rumah sewa di Lorong Air Putih 116 di sini 11.50 atau 20 minit kemudian.

Ketua Polis Daerah, Asisten Komisioner Abdul Aziz Salleh berkata, bertindak atas maklumat, sepasukan anggota Pasukan Khas Taktikal Perisikan Narkotik (Sting) Bukit Aman bersama Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik Daerah mengesan suspek pertama dalam sebuah kereta di hadapan sebuah restoran di jalan Haji Abdul Rahman.

Menurutnya, hasil pemeriksaan ke atas kereta jenis Perodua Myvi digunakan suspek berusia 21 tahun itu, polis menemui 51.50 gram syabu, 60 biji pil kuda, 100 pil Eremin 5 dan 60 biji pil ecstasy dalam pelbagai bentuk dianggarkan bernilai RM41,925.

Katanya, hasil semakan rekod ke atas suspek yang beralamat di Kampung Jawa di sini itu mendapati  dia memiliki empat rekod kesalahan membabitkan dadah (memiliki dan penagihan)

“Hasil soal siasat ke atas suspek, lelaki itu membawa polis ke sebuah rumah di Lorong Air Putih 116 dan berjaya menahan seorang lelaki berusia 42 tahun bersama dua wanita Vietnam.

“Pemeriksaan lanjut ke atas rumah terbabit, kita menemui dan merampas 170 gram syabu, 2,900 pil Eremin 5, 832 gram heroin, 1,050 pil ecstasy dan 2,585 pil kuda,” katanya dalam sidang media di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuantan di sini, hari ini.

Katanya, suspek kedua (lelaki) didapati memiliki satu rekod kesalahan lampau berhubung penyalahgunaan dadah, manakala dua wanita Vietnam mempunyai dokumen perjalanan dan tidak bekerja.

Abdul Aziz berkata, keseluruhan rampasan melibatkan 2,645 pil kuda, 221.50 gram syabu, 832 gram heroin, 3,000 pil Eremin 5 dan 1,210 pil ecstasy dianggarkan bernilai RM145, 438.

“Kita turut merampas kenderaan digunakan suspek untuk siasatan lanjut.

“Pada masa yang sama, pihak polis masih menjalankan siasatan termasuk mengenal pasti kemungkinan  ada pihak lain yang turut terlibat dalam kegiatan itu,” katanya.

Beliau berkata, kesemua suspek ditahan reman sehingga 1 Disember ini untuk siasatan mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952 yang memperuntukkan hukuman gantung sampai mati mandatori jika sabit kesalahan. #sumber


Empat Di Tahan, Rampas Dadah Bernilai Lebih RM145,000 Di Kuantan

Sekianlah artikel Empat Di Tahan, Rampas Dadah Bernilai Lebih RM145,000 Di Kuantan kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Sudah dibaca Empat Di Tahan, Rampas Dadah Bernilai Lebih RM145,000 Di Kuantan linknya https://malaysiadansekitarnya.blogspot.com/2016/11/empat-di-tahan-rampas-dadah-bernilai.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

0 Response to "Empat Di Tahan, Rampas Dadah Bernilai Lebih RM145,000 Di Kuantan"

Posting Komentar