DULU, KITA TAK KATA PUN MAHATHIR JUAL NEGARA KEPADA JEPUN

DULU, KITA TAK KATA PUN MAHATHIR JUAL NEGARA KEPADA JEPUN - Hallo sahabat Malaysia dan Sekitarnya, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul DULU, KITA TAK KATA PUN MAHATHIR JUAL NEGARA KEPADA JEPUN, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Berita, Artikel Budaya, Artikel Kabar, Artikel Malaysia, Artikel Melayu, Artikel News, Artikel Politik, Artikel Ragam, Artikel Sosial, Artikel Terbaru, Artikel Terkini, Artikel Update, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : DULU, KITA TAK KATA PUN MAHATHIR JUAL NEGARA KEPADA JEPUN
link : DULU, KITA TAK KATA PUN MAHATHIR JUAL NEGARA KEPADA JEPUN

Baca juga


DULU, KITA TAK KATA PUN MAHATHIR JUAL NEGARA KEPADA JEPUN

Malaysia dan Jepun telah menikmati hubungan diplomatik, ekonomi dan budaya yang baik sejak Tanah Melayu merdeka dari Britain dalam tahun 1957. Jalinan di antara dua negara ini telah diperkuatkan dengan dasar `Pandang ke Timur’ yang diperkenalkan dalam tahun 1982 oleh bekas Perdana Menteri Malaysia, Tun Dr. Mahathir Mohamad.

Dalam tahun 1993, Jepun, dengan $11.3 bilion adalah pembekal terbesar dunia untuk Bantuan Pembangunan Rasmi (BPR). Kebanyakan dana ini adalah pinjaman kerajaan dalam matawang Jepun iaitu Yen.

Malaysia adalah penerima BPR Jepun yang terbesar di Asia. Dari Januari 1969 hingga Mac 2001, Malaysia telah menerima pinjaman dua-hala sebanyak 827.4 bilion Yen (RM26.4 bilion). Kalau dibahagikan dengan setiap rakyat Malaysia, jumlah ini adalah bersamaan dengan RM1,165 iaitu nilai tertinggi di Asia (Ruhanie, 2001).

Pada tahun 2003, kerajaan Jepun telah bersetuju untuk memberi 82.4 bilion Yen (RM2.3 bilion) sebagai pinjaman dua-hala untuk projek Saluran Air Mentah Pahang-Selangor.

Telah dilaporkan sebelum ini dalam Ogos 1998 bahawa Tokyo telah bersedia untuk menawarkan pinjaman bernilai beberapa bilion yen dengan kadar bunga yang rendah sehingga Mac 1999.

Kerajaan Malaysia turut membuat permohonan rasmi untuk pinjaman negara Jepun semasa Malaysia menghadapi Krisis Kewangan Asia.

Jepun telah memberikan beberapa pinjaman sebanyak 10 bilion yen setiap tahun untuk Malaysia dalam dekad 1980-an.

Pinjaman terakhir Tokyo kepada Malaysia berlaku dalam 1994 apabila Jepun membekalkan 61.5 bilion yen (RM2.5 bilion) sebagai BPR untuk membina Kuala Lumpur International Airport (KLIA).

Pasca-1998, Jepun juga memberi pinjaman berikut kepada kerajaan Mahathir:

1999 – Projek Loji Rawatan Kumbahan – 4.9 bilion Yen (RM200 juta)
1999 – Projek Dana Pinjaman Pengajian Tinggi (II) – 5.3 bilion Yen (RM210 juta)
1999 – Projek Pemulihan Stesen Janakuasa Port Dickson (Tuanku Jaafar) – 53.7 bilion Yen (RM2.17 bilion)
1999 – Projek Stesen Janakuasa Hidroelektrik Kenyir 17 bilion Yen (RM690 juta)
2002 – Projek Saluran Air Mentah Pahang-Selangor 82 bilion Yen (RM3.32 bilion)


DULU, KITA TAK KATA PUN MAHATHIR JUAL NEGARA KEPADA JEPUN

Sekianlah artikel DULU, KITA TAK KATA PUN MAHATHIR JUAL NEGARA KEPADA JEPUN kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Sudah dibaca DULU, KITA TAK KATA PUN MAHATHIR JUAL NEGARA KEPADA JEPUN linknya https://malaysiadansekitarnya.blogspot.com/2016/11/dulu-kita-tak-kata-pun-mahathir-jual.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

0 Response to "DULU, KITA TAK KATA PUN MAHATHIR JUAL NEGARA KEPADA JEPUN"

Posting Komentar