DAP Perak jangan angkuh - Zambry

DAP Perak jangan angkuh - Zambry - Hallo sahabat Malaysia dan Sekitarnya, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul DAP Perak jangan angkuh - Zambry, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Berita, Artikel Budaya, Artikel Kabar, Artikel Malaysia, Artikel Melayu, Artikel News, Artikel Politik, Artikel Ragam, Artikel Sosial, Artikel Terbaru, Artikel Terkini, Artikel Update, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : DAP Perak jangan angkuh - Zambry
link : DAP Perak jangan angkuh - Zambry

Baca juga


DAP Perak jangan angkuh - Zambry

Sikap sombong DAP dan berlagak angkuh disindir Menteri Besar Datuk Seri Dr.Zambry Abd Kadir sebagai punca rakyat menolak dan menghukum parti politik berkenaan.

Beliau tidak hairan jika parti itu kekal dengan bersikap begini, ia akan bawa padah pada DAP dalam pilihanraya akan datang.

Andaian bahawa DAP dan parti-parti pakatan mereka akan kembali berkuasa sudahpun dijaja oleh DAP sebagai isyarat bahawa peluang mereka dalam PRU ke14 kelak jauh lebih baik lagi.

Bagaimanapun  Menteri Besar telah menyindir cita-cita besar parti itu dengan mengingatkan DAP Perak supaya tidak terlalu angkuh dan sombong kerana rakyat akan menghukum mereka nanti.
Beliau meminta DAP mencermin diri mengambil iktibar daripada keputusan Pilihan Raya Kecil (PRK) Kuala Kangsar dan Teluk Intan “yang jelas menunjukkan rakyat menolak kesombongan dan keangkuhan mereka”.

“Sebelum ini, mereka kata akan menang mudah pada PRK Teluk Intan sehinggakan menendang manifesto Barisan Nasional ketika berucap, tapi akhirnya, tengok apa jadi kepada mereka.

“Mereka kalah kerana rakyat “mengajar” mereka disebabkan terlalu sombong dan yakin, sama juga dalam kes ini,” katanya.

Ulasan terbaru Dr.Zambry merujuk kenyataan DAP Perak baru-baru ini,  berdasarkan analisa yang dibuat parti itu, BN hanya mampu memenangi 20 kerusi pada PRU ke14.

Beliau yang juga Pengerusi Perhubungan UMNO negeri berkata congak dibuat DAP itu hanya merupakan sandiwara pembangkang untuk menyalahkan kerajaan, sekiranya mereka kalah pada PRU akan datang.

“Sebelum ini juga, mereka ada buat pada tahun 2008, 2013 dan pelbagai lagi perkiraan mereka, tapi apabila mereka tak menang mereka akan buat tuduhan kononnya berlaku penipuan, inilah masalah pembangkang sebenarnya,” kata beliau.


DAP Perak jangan angkuh - Zambry

Sekianlah artikel DAP Perak jangan angkuh - Zambry kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Sudah dibaca DAP Perak jangan angkuh - Zambry linknya https://malaysiadansekitarnya.blogspot.com/2016/11/dap-perak-jangan-angkuh-zambry.html

Subscribe to receive free email updates:

0 Response to "DAP Perak jangan angkuh - Zambry"

Posting Komentar