Judul : DAP intai 'peluang' lemahkan Melayu - MUBARAK
link : DAP intai 'peluang' lemahkan Melayu - MUBARAK
DAP intai 'peluang' lemahkan Melayu - MUBARAK
KUALA LUMPUR: Presiden Majlis Bekas Wakil Rakyat (MUBARAK), Tan Sri Abdul Aziz Rahman menggesa kaum Melayu sedar akan serangan saraf yang cuba digerakkan DAP demi kepentingan politik mereka.Untuk mengaburi strategi tersebut, katanya, parti pimpinan Lim Kit Siang itu akan meletakkan beberapa calon Melayu untuk bertanding pada pilihan raya akan datang bagi menggambarkan kononnya DAP tidak sesekali meminggirkan kaum majoriti di Malaysia itu.
"Di Pulau Pinang misalnya, mereka dah kawal dan mengubah komposisi kependudukan dan perumahan. Ia berjaya untuk mereka teruskan jawatan kepimpinan di peringkat tertinggi sesebuah negeri.
"Mereka mencari peluang, mereka nampak jika letak orang Melayu sebagai calon di tempat kegelisahan antara Melayu itu wujud, maka mereka boleh menang. Itu tujuannya menjadikan DAP dan Melayu sebagai ketua untuk dijadikan majoriti dan dilantik sebagai menteri besar," katanya kepada Antarapos.
Abdul Aziz merujuk krisis pelantikan Menteri Besar Perak, Datuk Seri Nizar Jamaluddin pada Pilihan Raya Umum 2008 yang lalu, yang hanya menjadi boneka kepada percaturan politik DAP.
Bukan itu sahaja, beliau juga percaya pentadbiran Datuk Seri Mohamed Azmin Ali di Selangor juga dalam situasi berbahaya apabila ia 'dikawal' oleh DAP.
Beliau mendakwa banyak dasar-dasar kerajaan negeri itu kini gagal mempertahankan hak kaum Melayu, sebaliknya lebih mesra-DAP.
"Di Perak, sungguhpun Nizar sebagai MB, namun yang menjadi dalangnya adalah DAP. Mereka ramai dan mereka tak kisah jika Nizar sebagai MB tetapi dasar mesti ikut mreka (DAP).
"Di Selangor, saya lihat banyak dasar seperti tempat hiburan, tempat penjualan arak dan pusat urut diwujudkan. PKR sebagai MB, namun orang-orang DAP di selilingnya kuat. Mereka menentukan arah dasar yang dibuat kerajaan. Ia akan berlaku lebih lagi jika mereka cukup kuota lebih dari 50 peratus dengan adanya orang melayu yang menerajui dan mereka akan jadi MB," jelasnya lagi.
Ketua Penerangan Umno, Tan Sri Annuar Musa sebelum ini berkata parti-parti pembangkang bakal menjadi boneka DAP sekiranya gabungan itu memenangi Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) akan datang.
Bukan itu sahaja, DAP juga didakwa berjaya menjadikan PKR dan Amanah sebagai kuda tunggangan mereka bagi mencapai nafsu politik mereka untuk menumbangkan Barisan Nasional (BN).
"Yang menang esok adalah yang menjadi dominan di dalam Pakatan Harapan iaitu DAP. Melayu adalah komponen kecil yang dilaga-lagakan. Yang menang bukan Melayu, yang kalah Melayu.
"Saya bukan rasis, namun saya lihat strategi DAP yang mahu menunjukkan mereka boleh memerintah negara ini dengan cara memecahbelahkan kaum-kaum lain," tegasnya.
Strategi terbaharu DAP itu ujarnya termasuklah mengadakan kerjasama dengan musuh tradisinya, Tun Dr Mahathir Mohamad meskipun terdapat bantahan suara akar umbi parti itu.
DAP intai 'peluang' lemahkan Melayu - MUBARAK
Sekianlah artikel DAP intai 'peluang' lemahkan Melayu - MUBARAK kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Sudah dibaca DAP intai 'peluang' lemahkan Melayu - MUBARAK linknya https://malaysiadansekitarnya.blogspot.com/2016/11/dap-intai-peluang-lemahkan-melayu.html
0 Response to "DAP intai 'peluang' lemahkan Melayu - MUBARAK"
Posting Komentar