DAP Desak SPRM Siasat Ng Yen Yen, Isu Belanja RM5 Juta Di Raub

DAP Desak SPRM Siasat Ng Yen Yen, Isu Belanja RM5 Juta Di Raub - Hallo sahabat Malaysia dan Sekitarnya, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul DAP Desak SPRM Siasat Ng Yen Yen, Isu Belanja RM5 Juta Di Raub, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Berita, Artikel Budaya, Artikel Kabar, Artikel Malaysia, Artikel Melayu, Artikel News, Artikel Politik, Artikel Ragam, Artikel Sosial, Artikel Terbaru, Artikel Terkini, Artikel Update, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : DAP Desak SPRM Siasat Ng Yen Yen, Isu Belanja RM5 Juta Di Raub
link : DAP Desak SPRM Siasat Ng Yen Yen, Isu Belanja RM5 Juta Di Raub

Baca juga


DAP Desak SPRM Siasat Ng Yen Yen, Isu Belanja RM5 Juta Di Raub

KUALA LUMPUR: Ahli Parlimen DAP mendesak Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menyiasat bekas menteri pelancongan Datuk Seri Ng Yen Yeng berhubung perbelanjaan lebih RM5.2 juta bagi aktiviti di kawasan Parlimennya di Raub ketika masih menjadi wakil rakyat.
Anthony Loke (DAP-Seremban) berkata demikian ketika merujuk kepada laporan Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) melibatkan kementerian itu sekali gus mendakwa ia dibuat tanpa justifikasi.
Katanya, Ng perlu disiasat kerana menghabiskan peruntukan begitu besar dalam tempoh yang singkat khususnya di kawasan Parlimennya sejak September 2011 hingga Januari 2012.
“Perbuatan itu jelas menunjukkan penyalahgunaan kuasa sebagai seorang menteri untuk menggunakan peruntukan hanya bagi aktiviti di kawasan sendiri bukannya kawasan lain yang berpotensi dalam bidang pelancongan.
“Lebih mengejutkan ialah jamuan makan malam di kawasannya sempena sambutan Tahun Baru Cina 2012 bersama agensi pelancongan negeri berjumlah RM1.3 juta,” katanya pada sidang media di lobi Parlimen hari ini.
Loke berkata RM1.3 juta bagi tujuan majlis makan malam sempena Sambutan Tahu Baru Cina adalah tidak munasabah.
Sementara itu, Mohd Ariff Sabri (DAP-Raub) berkata Peruntukan itu dilihat tidak selaras dengan pembangunan pelancongan di Raub.
“Walaupun RM5.2 juta dibelanjakan tetapi Raub masih tidak dianggap sebagai kawasan pelancongan. Ini hanya untuk kepentingan politik kerana beliau mahu lebih banyak projek di kawasannya pada masa itu,” katanya.
DAP pada masa sama menggesa Menteri Pelancongan Datuk Seri Nazri Abdul Aziz membuat penjelasan berhubung perkara itu pada sesi perbahasan di Dewan Rakyat. #sumber


DAP Desak SPRM Siasat Ng Yen Yen, Isu Belanja RM5 Juta Di Raub

Sekianlah artikel DAP Desak SPRM Siasat Ng Yen Yen, Isu Belanja RM5 Juta Di Raub kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Sudah dibaca DAP Desak SPRM Siasat Ng Yen Yen, Isu Belanja RM5 Juta Di Raub linknya https://malaysiadansekitarnya.blogspot.com/2016/11/dap-desak-sprm-siasat-ng-yen-yen-isu.html

Subscribe to receive free email updates:

0 Response to "DAP Desak SPRM Siasat Ng Yen Yen, Isu Belanja RM5 Juta Di Raub"

Posting Komentar