Judul : Dana Soros, Dr M dibidas pertahan individu pernah ditentangnya
link : Dana Soros, Dr M dibidas pertahan individu pernah ditentangnya
Dana Soros, Dr M dibidas pertahan individu pernah ditentangnya
Tun Dr Mahathir Mohamad tidak perlu mempertahankan George Soros yang dahulunya bekas perdana menteri itu pernah menggelarnya sebagai penyangak kewangan.Ahli Parlimen Kuala Selangor Datuk Seri Irmohizam Ibrahim berkata Dr Mahathir sepatutnya sedar akan kenyataan beliau terdahulu supaya tidak diperlihat sebagai seorang pemimpin yang tidak ada pendirian.
“Tun Mahathir perlu ingat balik dengan setiap kenyataan beliau yang dulu tentang George Soros, dia sendiri yang beri gelaran tapi hari ini Tun M juga yang pertahankan penyangak kewangan itu?
“Ini bukan soal tuduhan atau dakwaan yang dibuat, tetapi adakah tun M juga tahu yang ia benar-benar hanya dakwaan dan Soros tidak beri dana kepada Bersih? Beliau juga tidak tahu perkara sebenar, jadi macam mana dia boleh kata yang ia satu tuduhan?” katanya kepada BNBBC.my portal.
Terdahulu, bekas perdana menteri itu mendakwa penglibatan jutawan mata wang, George Soros dalam Bersih hanyalah satu tuduhan dalam cubaan membatalkan perhimpunan tersebut.
Menurutnya, beliau juga lebih mengutamakan tunjuk perasaan pada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak berbanding mengambilkira hal kewangan kumpulan Bersih tersebut.
“Sungguhkah? Nampak ke ada sumbangan? Perkara ini tidak boleh disahkan dan hanyalah satu tuduhan.
“Buat masa ini saya hanya fokuskan dengan tunjuk perasaan pada Najib dan tidak terlibat dengan punca kewangan kumpulan ini.
“Lagipun saya merasakan ini merupakan modus operandi mereka untuk membatalkan perhimpunan Bersih nanti,” kata Dr Mahathir.
Sebelum ini, terdapat laporan media mendakwa satu kumpulan asing dipengerusikan jutawan Soros membiayai beberapa organisasi tempatan dalam programnya mempengaruhi keputusan Pilihan Raya Umum (PRU) akan datang.
Dalam pada itu Ahli parlimen Kinabatangan Datuk Bung Moktar Radin turut mengulas perkara yang sama dengan menyifatkan Dr Mahathir telah lupa pada apa yang dipertahankan dulu, kini membuat tindakan bertentangan dengan prinsip asal beliau sendiri.
“Manusia memang begitu, bila dia berada dalam barisan yang sama dia akan pertahankan apa juga dasar yang dibuat.
“Tetapi apa bila dia berada diluar apa pun yang berlaku walau pun ada kebenaran mereka tetap menafikanya, saya tidak hairan kerana itu lah resam manusia, kita mudah lupa akan apa yang telah kita perjuangkan bersama,” ujarnya.
Dana Soros, Dr M dibidas pertahan individu pernah ditentangnya
Sekianlah artikel Dana Soros, Dr M dibidas pertahan individu pernah ditentangnya kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Sudah dibaca Dana Soros, Dr M dibidas pertahan individu pernah ditentangnya linknya https://malaysiadansekitarnya.blogspot.com/2016/11/dana-soros-dr-m-dibidas-pertahan.html
0 Response to "Dana Soros, Dr M dibidas pertahan individu pernah ditentangnya"
Posting Komentar