Judul : Cuci 'noda': Tidak malukah beli pil gugur janin?
link : Cuci 'noda': Tidak malukah beli pil gugur janin?
Cuci 'noda': Tidak malukah beli pil gugur janin?
SEDARKAH kita, pada zaman moden dan era serba canggih ini, perasaan malu hampir tiada lagi!
Mana tidaknya, di media sosial, apa lagi yang tidak kita ketemui, hatta pil bagi menggugurkan janin juga dijual secara terbuka.
Bagi pasangan kekasih yang sudah terlanjur, proses pengguguran bayi hasil perbuatan zina bukan lagi satu masalah besar!
Hanya dengan RM300, mereka sudah boleh menggugurkan kandungan sendirian tanpa perlu bersusah payah ke klinik atau hospital.
Mudahnya gugurkan anak pada zaman sekarang!
Beberapa hari lalu penulis menerima sebuah perkongsian daripada sahabat menerusi mel masuk Facebook.
Menerusi maklumat yang dikongsikan, sahabat penulis ini bercerita mengenai betapa terbuka dan berleluasanya pil gugurkandungan yang dijual menerusi laman sosial.
Bukti-bukti gambar akaun yang menawarkan pil tersebut turut disertakan.
Tanpa menunggu, penulis melakukan carian sendiri.
Satu demi satu akaun yang menawarkan pil jenis Cytotec dan Misoprostol di Facebook dan Instagram penulis teliti.
Kesemua pemilik akaun tanpa rasa bersalah dan segan silu menawarkan khidmat nasihat awal penggunaan hinggalah proses berpantang bagi yang berminat untuk menggugurkan kandungan.
Semuanya jadi semudah ABC selagi ia mampu dibayar oleh sesiapa sahaja yang berminat!
Malah ada juga yang menawarkan free gift (hadiah percuma) dengan setiap pembelian!
Bagaimanapun apa yang menyedihkan adalah dengan melihat anak-anak perempuan Melayu yang kelihatan begitu ‘terdesak’ meninggalkan komen ‘pm’ di ruangan komen di setiap posting jualan pil ini.
Tidak membuang masa, penulis mengambil kesempatan untuk mendekati vendor atau peniaga bagi mengetahui dengan lebih lanjut tentang khidmat yang ditawarkan.
Dengan hanya WhatsApp, pertanyaan demi pertanyaan daripada penulis dilayan mesra oleh si vendor yang nyata berharap dapat melariskan jualan pil haram ini.
Percaya atau tidak, penulis bukanlah yang pertama menghubungi si vendor bagi khidmat pil gugur.
Menerusi bualan dalam aplikasi WhatsApp, penulis disaji dan dikongsikan bermacam-macam testimoni yang rata-ratanya anak Melayu yang sudah pun menggunakan khidmat si vendor ini.
Malah penulis turut diberi ‘peluang dan kesempatan’ untuk melihat sendiri gambar hasil (janin yang sudah digugurkan) oleh pembeli selepas penggunaan tablet ini.
Sama ada Cytotec yang bermula dengan harga RM350 atau Misoprostol yang bermula dengan harga RM320, kedua-duanya dijamin dapat memberikan keberkesanan hampir 100 peratus!
Difahamkan, pengambilan Cytotec akan memberikan kesan kurang daripada 12 jam, manakala pengambilan Misoprostol pula akan menunjukkan keberkesanannya dalam masa 24 jam.
Pengguna pil gugur ini dikatakan akan mengalami pendarahan yang berlarutan sehingga seminggu dengan setiap pengambilan pil tersebut.
Selain itu, pengguna juga akan mengalami kesan sampingan seperti cirit-birit, sakit abdomen, loya, sakit kepala, muntah, sembelit dan koyakan pada rahim.
Kesemua peniaga akan menawarkan pil tersebut berserta dengan set ubat rawatan sampingan yang dikatakan perlu diambil selepas penggunaan pil gugur.
Antara ubat rawatan yang diberikan termasuk ubat cirit-birit, ubat tahan sakit, ubat saraf atau pengawalan darah, ubat tambah darah dan antibiotik.
Untuk pengetahuan umum, tablet Cytotec merupakan produk berdaftar dengan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dengan nombor pendaftaran MAL19890225AR, bagaimanapun ia perskripsi yang digunakan untuk tujuan rawatan ulser dan bukan untuk tujuan pengguguran janin.
Penggunaan pil Cytotec dengan tujuan menggugurkan kehamilan serta tanpa nasihat pengamal perubatan adalah amat berbahaya dan hanya mengundang padah kepada diri sendiri.
Tablet ini mengandungi Misoprostol 200 mcg, yang dikelaskan sebagai Racun Jenis B di mana ia boleh diperoleh di klinik-klinik swasta atau dengan preskripsi di farmasi-farmasi.
KKM menerusi satu kenyataan pada September 2014 telah menasihatkan orang ramai supaya tidak membeli produk ini di Internet dan orang perseorangan memandangkan ia menyalahi undang-undang.
Tablet Misoprostol pula menerusi Surat Pekeliling Bahagian Perkhidmatan Farmasi pada Januari 2012 mengesahkan tablet ini mendapat kelulusan Pihak Berkuasa Kawalan Dadah.
Bagaimanapun kegunaan Misoprostol hanya bertujuan untuk merawat ulser dan gastrik teruk dan penggunaan selain daripada indikasi tersebut adalah tidak dibenarkan.
Pihak Sinar Online mendapatkan respons Kementerian Kesihatan Malaysia berkaitan laporan ini.
Cuci 'noda': Tidak malukah beli pil gugur janin?
Sekianlah artikel Cuci 'noda': Tidak malukah beli pil gugur janin? kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Sudah dibaca Cuci 'noda': Tidak malukah beli pil gugur janin? linknya https://malaysiadansekitarnya.blogspot.com/2016/11/cuci-noda-tidak-malukah-beli-pil-gugur.html
0 Response to "Cuci 'noda': Tidak malukah beli pil gugur janin?"
Posting Komentar