Bukti Umno Arah Tangguh Perbahasan RUU 355 Terbongkar?

Bukti Umno Arah Tangguh Perbahasan RUU 355 Terbongkar? - Hallo sahabat Malaysia dan Sekitarnya, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Bukti Umno Arah Tangguh Perbahasan RUU 355 Terbongkar?, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Berita, Artikel Budaya, Artikel Kabar, Artikel Malaysia, Artikel Melayu, Artikel News, Artikel Politik, Artikel Ragam, Artikel Sosial, Artikel Terbaru, Artikel Terkini, Artikel Update, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Bukti Umno Arah Tangguh Perbahasan RUU 355 Terbongkar?
link : Bukti Umno Arah Tangguh Perbahasan RUU 355 Terbongkar?

Baca juga


Bukti Umno Arah Tangguh Perbahasan RUU 355 Terbongkar?

Bukti Umno Arah Tangguh Perbahasan RUU 355 Terbongkar? Keputusan Ahli Parlimen Barisan Nasional (BN) dari Sarawak untuk menyokong atau tidak pindaan terhadap Akta Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) 1965 (Akta 355) bergantung kepada kandungan dibincangkan dalam Jawatankuasa Pemilihan Parlimen.

Ketua Menteri Datuk Patinggi Tan Sri Adenan Satem berkata memandang-kan semalam merupakan hanya pembentangan Rang Undang-Undang Persen-dirian oleh Ahli Parlimen Marang Datuk Seri Abdul Hadi Awang, keputusan dan arahan sebelum ini untuk tidak menyokong adalah tidak lagi terpakai.

Bukti Umno Arah Tangguh Perbahasan RUU 355 Terbongkar? Keputusan itu diambil selepas penjelasan diberikan oleh Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi yang menyatakan tidak ada proses perbahasan dan pengundian dilakukan pada persida-ngan Dewan Rakyat kali ini menerusi pertemuan mereka semalam.

“Oleh kerana hari ini tidak ada pengundian atau perbahasan, semua Ahli Parlimen dari Sarawak tidak akan mengambil sikap (pendirian) apa-apa.

“Apabila perkara ini dibawa kepada jawatankuasa pemilihan bagi mengkaji perkara ini dengan membabitkan semua parti dan lepas itu kita boleh memberi keputusan muktamad menyokong atau tidak.

“Buat sementara waktu tidak ada pengundian dan perbahasan,” katanya pada sidang media bersama Zahid di Pejabat Ketua Menteri, Dewan Undangan Negeri di sini, semalam.

Bukti Umno Arah Tangguh Perbahasan RUU 355 Terbongkar?


Adenan sebelum ini dilaporkan memberi arahan kepada Ahli Parlimen BN dari Sarawak agar tidak menyokong pindaan itu, seperti dimaklumkan oleh Presiden SUPP Datuk Dr Sim Kui Hian kepada media kelmarin.

Mengenai jika pindaan itu menjurus kepada pelaksanaan hukum hudud, Adenan menegaskan pendirian sebelum ini tetap dipegang ‘tidak ada hudud di Sarawak’.

“Timbalan Perdana Men-teri sudah menjelaskan ini (rang undang-undang) bukan hudud,” katanya.

Zahid sebelum itu menjelaskan kepada media, Rang Undang-Undang Persendirian yang dijadual dibentang Abdul Hadi semalam bukan rang undang-undang yang dibawa kerajaan.

Ini bermakna proses tersebut tidak membawa kepada pindaan, kecuali selepas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak setuju untuk menubuhkan Jawatankuasa Pemilihan Parlimen bagi membincangkan dan menjelaskan kandungan pindaan.

Bukti Umno Arah Tangguh Perbahasan RUU 355 Terbongkar?


Sebelum itu Perdana Menteri akan mengadakan perbincangan dengan presiden parti-parti komponen BN.

Beliau menasihati orang ramai agar tidak keliru dengan proses sebelum undang-undang tersebut dipinda. - utusan borneo


Addin:

Manakala ini pula berita yang Tuan Guru Haji Hadi nafi penangguhan tiada kaitan dengan Umno.. Adakah ini bukti Umno arah tangguh perbahasan RUU 355? Jadi sekarang siapa yang benar?


'Penangguhan tiada kaitan Umno'
MARANG - Penangguhan huraian pindaan Rang Undang-Undang persendirian Akta Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) Pindaan 2016 (RUU 355) untuk memberi ruang penambahbaikan agar dapat memberi peluang kepada semua pihak untuk memahami dengan cara yang betul. 
Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang menegaskan, keputusan itu tiada kaitan dengan permainan Umno seperti didakwa Setiausaha Agung PKR, Rafizi Ramli dalam Facebooknya dan beliau bukan sengaja mahu melengah-lengahkan huraian tersebut. 
“Itu tidak betul, tidak betul...saya bukan melengah-lengahkan, tetapi itu untuk memberi ruang penambahbaikan dan memberi peluang kepada semua pihak supaya memahami dengan cara yang betul. Sebab (itu) saya tidak bertindak dengan cara tergopoh-gopoh. 
“Beri peluang, (pada) masa (yang) baik. Mereka nak tutup di situ dengan undi di Parlimen, itu tidak boleh, undi tidak mewakili seluruh masyarakat Islam. Dia hendak bakar keamanan ke? 
“Mereka ini tidak fikir kepentingan agama, kepentingan politik mereka lebih tinggi daripada segala-galanya tetapi kita tidak begitu,” katanya selepas kuliah pagi di Masjid Rusila, semalam. 
Kelmarin, selepas selesai membentangkan pindaan  RUU 355, beliau menangguhkan huraian akta tersebut ke sidang Dewan Rakyat akan datang. 
Ahli Parlimen Marang itu ketika sidang akhbar sejurus penangguhan, memberikan peringatan tegas kepada wakil-wakil rakyat bukan Islam supaya jangan mencampuri urusan agama Islam yang jelas tiada kaitan dengan mereka. 
Abdul Hadi yang merujuk kes Gabenor Jakarta, Basuki Tjahaja Purnama atau ‘Ahok’, menzahirkan kekecewaan apabila terdapat ahli-ahli politik bukan Islam yang beliau percaya tidak mewakili keseluruhan masyarakat bukan Islam menggunakan isu RUU355 untuk mendapatkan keuntungan politik berbanding kepentingan awam. 
Ketika ditanya mengenai pertemuan dengan Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi Selasa lalu, katanya, Pas konsisten adakan pertemuan dengan semua peringkat bagi rundingan RUU 355. - sinar harian


Iklan
Image
Image
Image
Image
Image






Bukti Umno Arah Tangguh Perbahasan RUU 355 Terbongkar?

Sekianlah artikel Bukti Umno Arah Tangguh Perbahasan RUU 355 Terbongkar? kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Sudah dibaca Bukti Umno Arah Tangguh Perbahasan RUU 355 Terbongkar? linknya https://malaysiadansekitarnya.blogspot.com/2016/11/bukti-umno-arah-tangguh-perbahasan-ruu.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

0 Response to "Bukti Umno Arah Tangguh Perbahasan RUU 355 Terbongkar?"

Posting Komentar