Judul : Bohong…harga gas LPG nak naik RM7 satu tong
link : Bohong…harga gas LPG nak naik RM7 satu tong
Bohong…harga gas LPG nak naik RM7 satu tong
Kalau baca di mana-mana kononnya harga gas petroleum cecair (LPG) akan dinaikkan RM7 satu tong mulai tahun depan…jangan percaya.Berita palsu itu memang sedang hangat diviralkan oleh pihak tertentu.
Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) Datuk Seri Hamzah Zainudin kata Rabu perbuatan pihak berkenaan tidak lain hanya cuba menghuru-harakan rakyat dengan menimbulkan keadaan panik menerusi cerita seperti ini.
Sambil menafikan harga LPG akan naik,beliau memberitahu KPDNKK telah membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis (IPD) Putrajaya semalam berhubung penyebaran berita palsu itu.
Katanya selain pihaknya, empat badan bukan kerajaan (NGO) berkaitan pengguna masing-masing di Lembah Klang dan Pulau Pinang turut membuat laporan sama berkaitan isu yang menjadi viral di media sosial.
"Kita minta supaya polis menjalankan siasatan mencari pihak atau kumpulan tidak bertanggungjawab ini,”katanya pada sidang media selepas Perhimpunan Bulanan KPDNKK di Putrajaya.
Bohong…harga gas LPG nak naik RM7 satu tong
Sekianlah artikel Bohong…harga gas LPG nak naik RM7 satu tong kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Sudah dibaca Bohong…harga gas LPG nak naik RM7 satu tong linknya https://malaysiadansekitarnya.blogspot.com/2016/11/bohongharga-gas-lpg-nak-naik-rm7-satu.html
0 Response to "Bohong…harga gas LPG nak naik RM7 satu tong"
Posting Komentar