Blogger Din Turtle Meninggal Dunia Selepas Catatan Terakhir Bersih 5

Blogger Din Turtle Meninggal Dunia Selepas Catatan Terakhir Bersih 5 - Hallo sahabat Malaysia dan Sekitarnya, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Blogger Din Turtle Meninggal Dunia Selepas Catatan Terakhir Bersih 5, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Berita, Artikel Budaya, Artikel Kabar, Artikel Malaysia, Artikel Melayu, Artikel News, Artikel Politik, Artikel Ragam, Artikel Sosial, Artikel Terbaru, Artikel Terkini, Artikel Update, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Blogger Din Turtle Meninggal Dunia Selepas Catatan Terakhir Bersih 5
link : Blogger Din Turtle Meninggal Dunia Selepas Catatan Terakhir Bersih 5

Baca juga


Blogger Din Turtle Meninggal Dunia Selepas Catatan Terakhir Bersih 5

PETALING JAYA: Selepas memuat naik catatan terakhir di blognya, Shaifudin Mahmud (foto), atau lebih popular dengan nama penanya Din Turtle, meninggal dunia petang semalam di Terengganu.
Menurut kenalan rapatnya, Shaifudin, 50, meninggal dunia pada 6.15 petang selepas mengadu keletihan dan sakit badan.
“Menurut isterinya, ketika pulang dari kerja, dia melihatnya terlantar di atas katil. Dia mengadu letih dan sakit badan,” kata Rushdan Mohamed.
“Sejurus selepas itu, dia tidak sedarkan diri dan sudah tiada,” katanya yang melahirkan rasa terkejut dengan kematiannya.

Shaifudin, yang terkenal dengan komen politik menerusi blognya dinturtleoriginal.blogspot.my, baru sahaja memuat naik catatan mengenai perhimpunan Bersih 5 Sabtu lepas.
“Tahniah kepada mereka yang bersemangat waja (walaupun luaran mereka ini orang biasa saja, muka tak ganas, tak pandai silat atau kungfu) yang tetap hadir walaupun berdepan dengan pelbagai kemungkinan tindakan dari baju merah mahupun pihak berkuasa,” tulis Shaifudin yang kerap membidas Barisan Nasional.
Seorang lagi sahabat rapat beliau dan rakan blogger Syed Akbar Ali meluahkan rasa sedih atas pemergiannya.
Menurutnya, bekas blogger pro-Umno itu memilih nama Din Turtle kerana pernah bekerja sebagai penyelam di Terengganu.
“Din seorang yang bebas pemikirannya. Kita semua akan merindui penulisan dan pandangan pedas beliau,” kata media.
Sebelum memulakan blognya yang berjaya menarik lebih 3.5 juta pelawat, Shaifudin menjalankan perniagaan menjual cenderahati.
Beliau dikebumikan di Kuala Terengganu pagi ini. #sumber


Blogger Din Turtle Meninggal Dunia Selepas Catatan Terakhir Bersih 5

Sekianlah artikel Blogger Din Turtle Meninggal Dunia Selepas Catatan Terakhir Bersih 5 kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Sudah dibaca Blogger Din Turtle Meninggal Dunia Selepas Catatan Terakhir Bersih 5 linknya https://malaysiadansekitarnya.blogspot.com/2016/11/blogger-din-turtle-meninggal-dunia_21.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

0 Response to "Blogger Din Turtle Meninggal Dunia Selepas Catatan Terakhir Bersih 5"

Posting Komentar