Bersih Minta Bantuan Polis Halang Baju Merah....Kenapa Hotak Kau Mudahnya Cakap Bersih Sendiri Melanggar Peraturannya

Bersih Minta Bantuan Polis Halang Baju Merah....Kenapa Hotak Kau Mudahnya Cakap Bersih Sendiri Melanggar Peraturannya - Hallo sahabat Malaysia dan Sekitarnya, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Bersih Minta Bantuan Polis Halang Baju Merah....Kenapa Hotak Kau Mudahnya Cakap Bersih Sendiri Melanggar Peraturannya, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Berita, Artikel Budaya, Artikel Kabar, Artikel Malaysia, Artikel Melayu, Artikel News, Artikel Politik, Artikel Ragam, Artikel Sosial, Artikel Terbaru, Artikel Terkini, Artikel Update, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Bersih Minta Bantuan Polis Halang Baju Merah....Kenapa Hotak Kau Mudahnya Cakap Bersih Sendiri Melanggar Peraturannya
link : Bersih Minta Bantuan Polis Halang Baju Merah....Kenapa Hotak Kau Mudahnya Cakap Bersih Sendiri Melanggar Peraturannya

Baca juga


Bersih Minta Bantuan Polis Halang Baju Merah....Kenapa Hotak Kau Mudahnya Cakap Bersih Sendiri Melanggar Peraturannya

PETALING JAYA: Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih 2.0) pada Khamis bukan sahaja tidak mengendahkan amaran pihak berkuasa, sebaliknya meminta campur tangan polis untuk menghalang Gerakan Baju Merah mengadakan perhimpunan serentak dengan demonstrasi 'aman' yang dianjurkan badan bukan kerajaan (NGO) tersebut, Sabtu ini.

Pengerusinya, Maria Chin Abdullah berkata, desakan itu dibuat selepas penyokong Gerakan Baju Merah melakukan beberapa siri keganasan terhadap peserta konvoi Bersih baru-baru ini tetapi tiada sebarang tindakan diambil.

"Saya setuju, Baju Merah ada hak untuk berhimpun tapi mereka lakukan keganasan sejak tujuh minggu lalu tapi tiada tindakan diambil.

"Dalam mana-mana perhimpunan kami mahu ia diadakan secara aman. Justeru mereka tidak seharusnya berhimpun pada hari dan lokasi yang sama dengan Bersih," katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Bersih di sini Khamis.

Maria yang kecewa kerana tiada tindakan keras diambil terhadap peserta Baju Merah mahu polis bertindak segera bagi mengelak berlakunya insiden keganasan yang dicetuskan gerakan yang diketuai Datuk Seri Jamal Yunos itu.

"Masih ada masa untuk polis bertindak dan mereka perlu bertindak sekarang untuk menghalang keganasan yang sudah menjadi amalan biasa Gerakan Baju Merah," katanya.

Sementara itu, bekas Pengerusi Bersih 2.0, Datuk Ambiga Sreenevasan menggesa rakyat supaya turun padang dan tidak gentar dengan ugutan Gerakan Baju Merah kerana Bersih menyediakan kira-kira 1,400 sukarelawan untuk mengendalikan semua insiden konfrontasi, keganasan dan hal keselamatan awam.

"Saya minta orang ramai supaya jangan takut kerana jawatankuasa Bersih sudah menyediakan pasukan khas berkaitan soal keselamatan. Kami tahu perhimpunan Bersih akan diadakan secara aman," katanya.


Bersih Minta Bantuan Polis Halang Baju Merah....Kenapa Hotak Kau Mudahnya Cakap Bersih Sendiri Melanggar Peraturannya

Sekianlah artikel Bersih Minta Bantuan Polis Halang Baju Merah....Kenapa Hotak Kau Mudahnya Cakap Bersih Sendiri Melanggar Peraturannya kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Sudah dibaca Bersih Minta Bantuan Polis Halang Baju Merah....Kenapa Hotak Kau Mudahnya Cakap Bersih Sendiri Melanggar Peraturannya linknya https://malaysiadansekitarnya.blogspot.com/2016/11/bersih-minta-bantuan-polis-halang-baju.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

0 Response to "Bersih Minta Bantuan Polis Halang Baju Merah....Kenapa Hotak Kau Mudahnya Cakap Bersih Sendiri Melanggar Peraturannya"

Posting Komentar