Judul : BERSIH : JIKA TAK PATUH UNDANG-UNDANG, KENAPA MINTA PERLINDUNGAN?
link : BERSIH : JIKA TAK PATUH UNDANG-UNDANG, KENAPA MINTA PERLINDUNGAN?
BERSIH : JIKA TAK PATUH UNDANG-UNDANG, KENAPA MINTA PERLINDUNGAN?
Begitulah logik yang dilontarkan oleh Ketua Polis Negara kepada penganjur BERSIH 5 yang mahukan pihak polis campurtangan di dalam memastikan keselamatan peserta perhimpunan haram itu. Ia bertitik tolak dari kumpulan Merah yang cukup lantang dan nekad untuk “menentang” kumpulan kuning.Antara baju kuning dan polis, berpisah tiada. Bagaimana boleh kita terlupa, “layanan” terhadap anggota-anggota pasukan keselamatan oleh mereka pada perhimpunan-perhimpunan terdahulu. Kenderaan polis tidak ketinggalan menjadi mangsa. Betapa sabar dan bertimbang-rasanya pihak polis, masih sanggup melayan karenah mereka. Buktinya, BERSIH kini sudah masuk siri ke 5!
Walau penulis tidak menyokong mana-mana kumpulan demonstrasi jalanan, namun secara logik dan mudahnya, kebenaran hakiki ialah tiada Kuning tiadalah Merah. Jika kuning membatalkan hasrat mereka, nescaya kumpulan Merah dengan senang hati juga berundur.
Tidak perlu untuk mendabik dada mempersoalkan hak kebebasan segala bagai. Kerana pendemo juga tidak pernah memikirkan impak kepada orang lain; peniaga, pekerja, pelancong di ibukota. Apakah mereka tiada hak kebebasan sehingga terpaksa memberi ruang kepada para pendemo?
Tergelak juga, bagaimana satu perhimpunan haram, yang jelas melanggar undang-undang, tetapi mendesak untuk mendapatkan perlindungan dari pihak berkuasa. Seronok lah jika begitu. Rasanya selepas ini, pelumba haram jalanan sudah boleh menganjurkan lumba haram, dan meminta pihak Polis melindungi mereka.
– MyKmu
BERSIH : JIKA TAK PATUH UNDANG-UNDANG, KENAPA MINTA PERLINDUNGAN?
Sekianlah artikel BERSIH : JIKA TAK PATUH UNDANG-UNDANG, KENAPA MINTA PERLINDUNGAN? kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Sudah dibaca BERSIH : JIKA TAK PATUH UNDANG-UNDANG, KENAPA MINTA PERLINDUNGAN? linknya https://malaysiadansekitarnya.blogspot.com/2016/11/bersih-jika-tak-patuh-undang-undang.html
0 Response to "BERSIH : JIKA TAK PATUH UNDANG-UNDANG, KENAPA MINTA PERLINDUNGAN?"
Posting Komentar