Judul : Belanjawan Azmin setaraf dengan belanjawan persatuan penduduk
link : Belanjawan Azmin setaraf dengan belanjawan persatuan penduduk
Belanjawan Azmin setaraf dengan belanjawan persatuan penduduk
Ketika membentang belanjawan Selangor 2017, Menteri Besar Datuk Seri Azmin Ali mendakwa sehingga 14 Oktober 2016, ada lebihan sebanyak RM351.38 juta dalam perbelanjaan bagi tahun 2016.Kenyataan Azmin itu, bagai mendakwa yang beliau adalah MB terbaik mengurus negeri, meskipun belanjawan untuk tempoh 2016 dijangkakan defisit RM630 juta (pendapatan RM2.25 bilion berbanding perbelanjaan RM2.88 bilion), tetapi beliau masih ada lebihan seperti disebut di atas.
Suka diingatkan, belanjawan Selangor bukan macam belanjawan persatuan penduduk (pinjam kata-kata Aziz Bahri yang umpamakan perlembagaan DAP sama seperti perlembagaan persatuan penduduk).
Sebenarnya ada beberapa projek yang disebut dalam belanjawan 2016 tetapi tidak dilaksanakan oleh Azmin yang antaranya:-
1. Muzium Setem (RM15 juta)
2. Muzium Tekstil (RM40 juta)
3. Bina 3 hospital - melalui anak syarikat PKNS, Selgate Corporation (RM300 juta)
Itu belum kita tanya, samada jalan sambungan Kota Warisan, Sepang dengan peruntukan RM109 juta telah dibuat atau belum?
Kita perlu tanya Azmin kerana perkara ini dibentangkan sekali lagi dalam belanjawan Selangor 2017.
Dalam belanjawan 2017, Azmin memperuntukkan RM51.3 juta untuk pembinaan jalan sambungan Kota Warisan tetapi dipakejkan dengan Laluan Alternatif Banting - Shah Alam.
Kalau inilah cara Azmin buat belanjawan, Pengerusi Persatuan Penduduk pun boleh buat sepertinya.
Untuk kelirukan penduduk, tak perlu buat program yg dah termaktub dalam kalender program persatuan. Nanti hujung tahun bagi tahu pada penduduk, bahawa ada lebihan dalam akaun persatuan!
Belanjawan Azmin setaraf dengan belanjawan persatuan penduduk
Sekianlah artikel Belanjawan Azmin setaraf dengan belanjawan persatuan penduduk kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Sudah dibaca Belanjawan Azmin setaraf dengan belanjawan persatuan penduduk linknya https://malaysiadansekitarnya.blogspot.com/2016/11/belanjawan-azmin-setaraf-dengan.html
0 Response to "Belanjawan Azmin setaraf dengan belanjawan persatuan penduduk"
Posting Komentar