Judul : Apa muslihat penangguhan penyertaaan PPBM sertai PH?
link : Apa muslihat penangguhan penyertaaan PPBM sertai PH?
Apa muslihat penangguhan penyertaaan PPBM sertai PH?
"Hari ini (Sabtu, 12 November 2016) PPBM belum lagi menjadi sebahagian daripada Pakatan Harapan (PH), tapi niat kita ialah untuk bersama-sama dengan parti-parti lain dalam PH," kata Pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) Tun Dr Mahathir Mohamad.
Beliau membuat penegasan demikian kerana presiden PPBM, Tan Sri Muhyiddin Yassin “mencemaskan” pemimpin-pemimpin Pakatan Harapan (PH) lain dengan menangguhkan majlis memeterai perjanjian penyertaan PPBM dalam PH.
Dr Mahathir memaklumkan pada konvensyen pertama PH kelmarin bahawa beliau dan Muhyiddin sebenarnya senada mengenai permuafakatan parti itu dengan PH yang merangkumi PKR, DAP dan AMANAH.
"Dia (Muhyiddin) bersama saya, bersetuju supaya kita akan menyertai secara langsung dengan PH. Tidak benar sama sekali bahawa yang menentang perpaduan antara PPBM dengan PH adalah Tan Sri Muhyiddin.
"Kita akan menyelesaikan mengenai kekeliruan menandatangani perjanjian tapi kami akan menyertai PH," ujarnya.
Anehnya pada majlis yang sama Muhyiddin mengemukakan alasan bahawa
penangguhan itu dibuatnya bagi membolehkan pemimpin PH berbincang lebih lanjut bersabit terma-terma perjanjian itu.
"Ada yang kata saya tarik diri dari menandatangani (penyertaan) PPBM dan PH yang sepatutnya dimeterai hari ini. Saya sangat serius dan teliti dalam hal-hal yang penting, lagi-lagi dalam isu tandatangan ini.
"Saya minta majlis menandatangani ini ditangguhkan untuk beri masa yang cukup kepada semua kepimpinan PPBM dan PH untuk berbincang dengan lebih lanjut.
“Bukan hanya (perbincangan) antara presiden (sahaja), tetapi dengan semua kepimpinan kanan secara bersama untuk mencapai persetujuan dalam setiap satu terma yang terkandung di dalam perjanjian.
Menilai sikap berhati-hati Muhyiddin ini, mungkin timbul persoalan adakah sebenarnya corak kepemimpinan Muhyiddin dengan Mahathir ini kurang serasi? Mengenali Mahathir beliau lazimnya bertindak dengan yakin dan tuntas.
Adakah kepemimpinan Muhyiddin yang kelihatan agak kurang yakin diri membuat ‘anak didik’ Mahathir, Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan bertindak keluar parti itu?
Satu lagi persoalan ialah, adakah “ketelitian” Muhyiddin membuka peluang untuk anak Mahathir, Datuk Seri Mukhriz dinaikkan pangkat tanpa pengundian daripada ahli parti dari Naib Presiden menjadi Timbalan Presiden?
"Pada dasarnya saya bersetuju dengan sebahagian besar perjanjian," kata Muhyiddin pada Konvensyen PH itu sekaligus mengisyaratkan bahawa ada beberapa bahagian perjanjian yang tidak dipersetujuinya.
Umum tahu Muhyddin bukan seorang pemimpin yang tegas dan gesit dalam tindakan dan bacaan politiknya. Namun dalam percaturan politik mutakhir, namanya tersenarai berpeluang menjadi perdana menteri jika pembangkang menang pilihanraya umum akan datang.
Mungkinkah kerana itu Muhyiddin mengambil sikap lebih berhati-hati bagi menentukan PPBM mampu menjadi peneraju pembangkang dan tidak mahu ‘menurut sahaja’ syarat PH sedia ada?
Dengan perkataan lain, mungkinkah PPBM atau Muhyiddin sebenarnya mahu meletakkan syarat khusus supaya kerabat PH tidak berdolak dalik atau enggan merestui PPBM menjadi nakhoda PH jika dapat menundukkan Umno-BN kelak?
Adakah Mahathir dan Muhyiddin serta PPBM keseluruhannya mahu menjawab tantangan Umno-BN yang sering mencabar PH supaya menamakan barisan kabinet bayangannya?
Dalam soal ini, mungkinkah PPBM mahu dengan jelas menyatakan bahawa ia mahu jawatan Perdana Menteri dikalungkan pada calonnya – Muhyiddin? Atau, mungkin juga Mukhriz?
Memahami psikologi politik Mahathir beliau tidak mudah mengalah dan hanya berpuashati memegang watak pelakon pembantu atau tambahan sahaja. Dalam apa jua keadaan Mahathir mahu berada pada kedudukan memimpin.
Memang menjadi watak Mahathir jika memutuskan sesuatu beliau akan melakukannya segigih mungkin.
Kali ini demi meyakinkan PH, terutama PKR, Mahathir sanggup melekatkan lencana “Bebaskan Anwar Sekarang” pada bajunya walaupun beliau sedar Anwar masih meringkuk dalam penjara apabila PRU 14 berlangsung!
Atau, adakah taktik melengah-lengahkan ini satu strategi untuk melunakkan PAS supaya menyertai PH dan bersama menjayakan strategi “satu lawan satu” melawan Umno-BN?
Mungkin Mahathir dan PPBM sedang mencerna strategi menawarkan gabungan PPBM sebagai wadah mengisi keperluan nasionalisme Melayu; PAS memenuhi mengisi naluri agama Islam dan PKR mewakili suara Melayu (muslim demokrat)?
Sebab itu, ia memerlukan masa untuk memikirkan bagaimana memujuk DAP supaya “menghindar diri”dari PH tetap terus mengukuhkan sokongan pengundi bukan Melayu.
Dengan itu, gabungan PPBM, PAS dan PKR tidak perlu memikul beban menjunjung imej “keCinaan” DAP dalam PRU 14 dengan kesefahaman akan bergabung semula pasca PRU 14?
Sementara itu mungkin Mahathir masih berikhtiar meyakinkan AMANAH dan ‘pejuang setia konsep PH” seperti Datuk Mahfuz Omar dari PAS supaya menyisih diri dan menyelinap masuk dalam PKR, PKR untuk sementara waktu.
Cara begini, PAS mungkin boleh diyakinkan bahawa ia tidak perlu risau terpaksa berurusan dengan DAP dan AMANAH untuk melangsungkan “strategi satu lawan satu” dengan Umno-BN.
Apa muslihat penangguhan penyertaaan PPBM sertai PH?
Sekianlah artikel Apa muslihat penangguhan penyertaaan PPBM sertai PH? kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Sudah dibaca Apa muslihat penangguhan penyertaaan PPBM sertai PH? linknya https://malaysiadansekitarnya.blogspot.com/2016/11/apa-muslihat-penangguhan-penyertaaan_13.html
0 Response to "Apa muslihat penangguhan penyertaaan PPBM sertai PH?"
Posting Komentar