Judul : Annuar: Insiden Kena ‘Halau’, UMNO Mohon Maaf Pada Media Pahang
link : Annuar: Insiden Kena ‘Halau’, UMNO Mohon Maaf Pada Media Pahang
Annuar: Insiden Kena ‘Halau’, UMNO Mohon Maaf Pada Media Pahang
KUALA LUMPUR: UMNO memohon maaf kepada petugas media Pahang yang membuat liputan Konvensyen UMNO negeri itu baru-baru ini yang didakwa diusir keluar dari majlis itu.
Ketua Penerangan UMN Tan Sri Annuar Musa berkata petugas media adalah golongan profesional dan seharusnya mereka diberi ruang untuk menjalankan tugas secara profesional.
“Saya bagi pihak UMNO Malaysia, memohon maaf kepada kawan-kawan (petugas media) yang bertugas pada hari itu yang terasa hati dengan insiden tersebut.
“Walaupun ini soal UMNO Pahang, tetapi majlis itu majlis parti dan saya sebagai ketua penerangan, sudah tentu saya tidak gembira dengan apa yang berlaku,” katanya dalam catatan di laman rasmi parti itu, umno-online.my hari ini.
Sebelum ini, insiden petugas media yang didakwa diusir keluar majlis itu menjadi viral dan mendapat perhatian Kesatuan Kebangsaan Wartawan (NUJ) yang mendesak permohonan maaf daripada UMNO Pahang.
Sambil melahirkan rasa dukacita dengan apa yang berlaku, Annuar berkata parti itu sangat memerlukan kerjasama daripada media dan faham mereka golongan profesional yang mempunyai tugas untuk dilaksanakan.
“Tetapi kadang kala sebagai manusia biasa, mungkin ada tersasul atau tersilap di sana sini,” katanya sambil berharap isu itu tidak dipanjangkan selain akan berusaha mencari jalan supaya ia dapat diselesaikan dengan baik.
Annuar berkata majlis yang dihadiri Naib Presiden UMNO Datuk Seri Hishammuddin Hussein ialah majlis tertutup, namun pada upacara penutupannya berlaku sedikit salah faham antara UMNO Pahang dan petugas media.
“Memang majlis itu tertutup dan petugas media tidak mengganggunya, namun difahamkan ia tidak lagi tertutup pada acara penutupannya kerana ada jemputan untuk media.
“Jadi wartawan tidak ada buat silap. Tetapi mungkin pada waktu itu berlaku sedikit salah faham sehingga ada kata-kata yang tidak enak didengar dan menyinggung perasaan para wartawan. Saya harap ini sebahagian yang berlaku sekali sekala dalam kehidupan kita sebagai manusia.
“Sebenarnya rakan media dan UMNO bagi saya berpisah tiada. Seawal perjuangan menuntut kemerdekaan hubungan rakan media dan UMNO sudah pun wujud,” katanya. #sumber
Annuar: Insiden Kena ‘Halau’, UMNO Mohon Maaf Pada Media Pahang
Sekianlah artikel Annuar: Insiden Kena ‘Halau’, UMNO Mohon Maaf Pada Media Pahang kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Sudah dibaca Annuar: Insiden Kena ‘Halau’, UMNO Mohon Maaf Pada Media Pahang linknya https://malaysiadansekitarnya.blogspot.com/2016/11/annuar-insiden-kena-halau-umno-mohon.html
0 Response to "Annuar: Insiden Kena ‘Halau’, UMNO Mohon Maaf Pada Media Pahang"
Posting Komentar