Papagomo Cengkam Leher Syed Saddiq

Papagomo Cengkam Leher Syed Saddiq - Hallo sahabat Malaysia dan Sekitarnya, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Papagomo Cengkam Leher Syed Saddiq, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Berita, Artikel Budaya, Artikel Kabar, Artikel Malaysia, Artikel Melayu, Artikel News, Artikel Politik, Artikel Ragam, Artikel Sosial, Artikel Terbaru, Artikel Terkini, Artikel Update, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Papagomo Cengkam Leher Syed Saddiq
link : Papagomo Cengkam Leher Syed Saddiq

Baca juga


Papagomo Cengkam Leher Syed Saddiq

Papagomo Cengkam Leher Syed Saddiq | Setiausaha politik kepada Menteri Belia dan Sukan, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman memberitahu Mahkamah Majistret Kajang, bahawa pengendali laman blog, Papagomo, telah mencengkam leher menteri itu untuk menghentikannya daripada terus berjalan pada hari penamaan calon Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Semenyih, Februari lalu.

Menceritakan semula insiden tersebut, semalam, Mohd Aizad Roslan, 38, berkata Papagomo atau nama sebenarnya Wan Muhammad Azri Wan Deris, 36, telah bertindak menerpa ke arah Syed Saddiq yang ketika itu sedang berjalan ke arah keretanya selepas sesi penamaan calon pada 11.05 pagi, 16 Feb lalu.

"Saya serta dua lagi pegawai YB iaitu Amin (polis pengiring) dan Redzuan (pegawai khas) mengiringi beliau ke arah kereta yang terletak di laluan jalan utama. Tiba-tiba sekumpulan penyokong parti Barisan Nasional (BN) yang sedang melepak di situ telah memaki dan mengherdik kami tetapi kami tidak menghiraukan provokasi itu.

"Mereka telah menyerbu ke arah kami dan saya tiba-tiba perasan ada lelaki yang berlari dari arah belakang untuk melintasi kami. Lelaki itu kemudian menerpa ke arah YB dan mencengkam lehernya dengan tangan kiri. Saya nampak dengan jelas," kata saksi itu.

Saksi pendakwaan kedua itu berkata demikian ketika pemeriksaan utama oleh Timbalan Pendakwa Raya Muhammad Hairuliqram Hairuddin pada hari pertama perbicaraan kes Papagomo yang menghadapi tuduhan mengaibkan dan mendatangkan kecederaan terhadap menteri itu.

Papagomo Cengkam Leher Syed Saddiq


Saksi itu berkata Syed Saddiq yang trauma berikutan insiden berkenaan telah membuat laporan polis di Balai Polis Sungai Way sebelum membuat pemeriksaan di Pusat Perubatan Universiti Malaya berikutan kecederaan pada bahu dan lehernya.

Ketika ditanya Muhammad Hairuliqram sekiranya beliau mengenali lelaki yang mencengkam leher Ahli Parlimen Muar itu, saksi telah membuat pengecaman di dalam mahkamah terhadap Papagomo selaku Orang Kena Saman (OKS).

Sementara itu, saksi pendakwaan pertama, Pemangku Sjn Mohd Amin Bacho, 41, yang bekerja sebagai pegawai pengiring Syed Saddiq berkata dalam kekecohan yang berlaku ketika itu, Papagomo juga menyebut "Kau ni bodoh la Saddiq. Masuk ke kawasan aku" terhadap menteri itu.

"Ketika kami diserang, anggota bantuan trafik dan pasukan unit Amal Parti Islam Semalaysia (PAS) telah mengiringi kami berjalan ke arah kereta. Dalam keadaan tegang itu, saya melihat dia meluru ke arah YB dan meletakkan tangannya ke atas bahu kiri YB seperti hendak menghentikannya daripada berjalan.

"Papagomo kemudian telah menyebut kata-kata itu dan saya serta-merta mengarahkannya untuk melepaskan tangan daripada bahu YB kerana melihat beliau semakin tidak selesa," katanya.

Tambahnya lagi, di sepanjang laluan awam dari kawasan luar dewan pencalonan hingga tiba ke kereta, mereka telah diherdik dan dimaki dengan pelbagai kata-kata kesat oleh penyokong BN antaranya "bangang", "anjing" dan "bodoh".

Papagomo Cengkam Leher Syed Saddiq


Pada 28 Feb, Papagamo yang juga Exco Pemuda Umno didakwa mengaibkan kehormatan Syed Saddiq dengan menyebut “ko bodoh” bagi maksud mengganggu kesantunannya di tepi jalan Persiaran Impian Perdana, Saujana Impian pada 11.05 pagi, 16 Feb, mengikut Seksyen 509 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum lima tahun atau denda atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

Bagi pertuduhan kedua, OKS didakwa dengan sengaja menyebabkan kecederaan di leher dan bahu Ketua ARMADA itu pada tempat dan tarikh sama mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga setahun atau denda sehingga RM2, 000 atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

Perbicaraan di hadapan Majistret Nor Afidah Idris bersambung Rabu ini. - mk




Berminat beriklan di web Addin?Jika berminat sila send ke 


Iklan
biomineral-penawar-penyakit-dan-masalah-kesihatan-yang-mujarab-dan-semulajadi


Papagomo Cengkam Leher Syed Saddiq

Sekianlah artikel Papagomo Cengkam Leher Syed Saddiq kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Sudah dibaca Papagomo Cengkam Leher Syed Saddiq linknya https://malaysiadansekitarnya.blogspot.com/2019/11/papagomo-cengkam-leher-syed-saddiq.html

Subscribe to receive free email updates:

0 Response to "Papagomo Cengkam Leher Syed Saddiq"

Posting Komentar